berita

#1 Teaser Filem “Rock Oo : Rimba Bara Kembali”

November 8th, 2012 | by Noraini Nasir | 7 comments
Filem By UIP

Pada tahun 2013, fenomen rock 80an akan muncul kembali dengan tercetusnya sebuah filem komedi berjudul ‘Rock Oo : Rimba Bara Kembali.’

Filem ini merupakan arahan Mamat Khalid dan ia menampilkan beberapa artis terkenal seperti Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan serta Pekin Ibrahim. ‘Rock Oo’ merupakan kesinambungan filem ‘Rock’ yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu ‘Rimba Bara’ yang bersemangat teguh untuk menempah nama di arena muzik tempatan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam filem ini Que Haidar yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada perinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan ‘Rimba Bara’ dengan memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black) kembali dalam kumpulan rock mereka.

Filem ‘Rock Oo’ ini akan menjanjikan satu kelainan dari segi mood filem, di mana ia akan membawa penonton ke era 80an dan menyaksikan lakonan Que Haidar yang sungguh mencuit hati.

Jom layan teaser ‘Rock Oo’ selepas ini :

7 Comments

  1. syhh says:

    mmg dinantikan….filem Mamat Khalid mmg best2…

    (0)
  2. ayamsagoon says:

    Cerita Rock Rimba sblm ni mmg best giler, tak sabar nak tunggu cerita Rock Rimba Kembali

    (0)
  3. ell says:

    hasnul rahmat dah xde.. =(

    (0)
  4. ain hawani says:

    x saba nk tgok..tp nape xde hasnul rhmat..wlu pe pn mst best filem mamat khalid!!

    (0)
  5. anti gediks says:

    yeeeeee…hooooooo!! cayalah!! cite ni yg aku nntikan..xsabar doh nk tgok…!!

    (0)
  6. Maylowbee says:

    Jangan lupa saksikan Majlis Anugerah Skrin dengan tema ‘Fairy Tale’ dan bakal dihoskan oleh Neelofa, pada 9 November 2012.

    (0)