berita

10 Bukti Kenapa Melayu Lebih ‘Excited’ Sambut CNY

February 18th, 2015 | by Ai
Make-It-Senang

pix_gal1

Korang perasan tak setiap kali tiba Tahun Baru Cina, kita yang terlebih-lebih teruja. Sedangkan kawan-kawan yang berbangsa Cina relax je.

Bila kami tanya mereka macam mana persiapan nak sambut tahun baru, diorang jawab belum shopping pun lagi. Padahal masa tu lagi dua hari je nak raya.  Pelik kan?

Jadi persoalannya sekarang, kenapa kita yang over-excited? Tak mengapa, kami ada jawapannya. Agak-agak korang yang nombor berapa? Hihi!

1. Ambil Cuti Seminggu. Kalah Colleague Yang Sambut CNY

2rornt

Ini memang selalu terjadi. Kadang-kadang waktu CNY eve pun kawan kita yang Chinese masih lagi kat office siapkan kerja. Tapi kawan kita yang Melayu pula dah siap-siap apply cuti sampai tujuh hari berturut-turut. Amboi, macam dia yang nak raya!

2.  Songlap Limau Bawa Balik Rumah

IMG-20150208-WA0001

Salah satu benda paling best apabila CNY adalah kewujudan limau mandarin yang banyak bak coklat melimpah ruah ke ladang gandum. Dekat office tu jangan cakaplah, kadang-kadang tersadai je kat pantry sebab masing-masing dah tak larat nak makan.

Konklusinya, korang pun senyap-senyap bungkus masuk dalam plastik bawa balik rumah. Tambah lagi buah tu sedap manis, tak elok membazir katanya. Benda free, memanglah sedap!

3. Tak Sabar Nak Hulur Tangan Kutip Angpow

image

Secara tiba-tiba semua orang jadi mata duitan waktu ni. Ah jangan tipu, korang pun tunggu boss bagi angpow kan? Siapa menafikan point ni, dia mungkin sedang menipu hati sendiri.

Why_Adults_Hate_To_Give_Ang_Pows

4. Paling Semangat Bakar Mercun

Main_mercun_papan_2014

Kebiasaannya, orang kita yang borong bunga api dan mercun paling banyak. Dan kita jugalah yang paling tak sabar nak letupkan suasana sunyi kat kampung tu tak kira raya apa sekalipun. Sebabnya, we’re cool liddat!

5. Paling Depan Tengok Lion Dance

Lion_Dance_Malaysia_2013_IKEA

Tak tahu kenapa setiap kali adanya pertunjukan tarian singa di pusat membeli-belah atau di mana-mana, kami lihat orang Melayu antara yang paling depan menonton. Mungkin sebab kagum dengan tradisi unik itu.

6. Paling Tinggi Lambung Yee Sang

Yee_Sang_ritual_and_tossing

Apabila tiba sahaja CNY, mesti akan ada jamuan dan upacara melambung Yee Sang bersama ahli keluarga, saudara mara atau rakan sekerja.

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat sewaktu digaul, lebih banyak kemakmuran akan dinikmati sepanjang tahun. Jadi, kita pun lambunglah yang paling tinggi. Kita pun nak makmur juga, peduli apa.

7. Berebut Shopping Waktu Sale

Pavilion_Shopping_Mall_Kuala_Lumpur_Malaysia_Chinese_New_Year_2013_Decorations

Tak kiralah musim perayaan apa sekalipun, shopping malls tak pernah kalah buat jualan murah dan tawaran diskaun sampai tak masuk akal. Tapi itu yang kita suka kan? Waktu-waktu macam ni lah boleh habiskan duit suami. *wink

8. Ahli Pesta Lampu Merah Di Highway

metd_az_0508_pg2_ytcher_A

Tersangkut dalam traffic jam dari KL nak ke pantai timur, selatan, dan utara. Kita fahamlah CNY, mungkin kawan-kawan Cina kita nak balik kampung celebrate dengan saudara-mara jauh.

Tapi bila toleh kanan kiri, laa driver Melayu. Bila berhenti di R&R, hamek kau penuh kaum kerabat kita kat situ. Ambil peluang pergi bercuti makan angin rupanya. Hehe!

9. Tak Sabar Nak Serang Open House!

resized_all-the-things-meme-generator-open-house-day-take-all-the-free-items-6b95fb

Selain dapat makan free, aktiviti serbu rumah terbuka sangat menggembirakan sebab korang akan dapat angpow. Itu tujuan utama, makan-makan cuma ala kadar je sebenarnya.

open-house

10. Baju Dia Paling Merah. Aaaumm!

FotorCreated

Orang kata warna merah yang sering digunakan sewaktu CNY merupakan simbol kepada kegembiraan dan good fortune. Kita pun demi menghormati perayaan ini, sanggup shopping baju baru warna merah mak ngah semata-mata nak join the crowd. Gigih tau!

Kesimpulannya, kita memang suka semua festival perayaan. Dan kalau boleh hari-hari nak raya sebab itu adalah punca kegembiraan, betul tak?

P/S: Gong Xi Fa Cai kepada anda yang menyambutnya dan selamat bercuti panjang. Huat ah!

SKIP THIS AD ×