berita

10 Resepi Cinta Yang Aku Dapat Daripada Ibu Tersayang

May 20th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trendy

Cium-Dahi-Ibu

‘Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’, itu lah pepatah yang tepat untuk menggambarkan kasih sayang ibu terhadap anak-anak nya. Bukan itu sahaja, selain memegang gelaran seorang ibu, seseorang wanita itu juga menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Ibu menjadi pengikat yang kuat untuk membina sebuah keluarga yang harmoni.

1) Ibu Takkan Lupa Masak Walau Sesibuk Mana pun

Asian Family spending time together in the kitchen

Setiap pagi, tengah hari dan malam ibu tak pernah lupa untuk menyediakan makanan untuk kami sekeluarga. Ibu ingin memastikan satu keluarga duduk satu meja dan makan bersama sambil menceritakan hal masing-masing. Tanpa kita sedar, ibu telah ikatan keluarga semakin kuat dan erat.

2) Ibu Sentiasa Menjaga Kesihatan Kami Sekeluarga

Positive family preparing lunch together in the kitchen

Tidak kira sama ada umur aku 12 atau meningkat ke 18 tahun, Ibu sentiasa menjaga pemakanan kami sekeluarga supaya kami akan kekal sihat dan cergas untuk melakukan aktiviti seharian.

Ibu juga akan memastikan dalam setiap makanan yang dihidangkan mempunyai nutrisi dan zat-zat yang berkhasiat supaya kesihatan kami sekeluarga juga terjaga.

3) Ibu memastikan kami melakukan aktiviti sihat

Family on bikes outdoors smiling

Setiap hujung minggu ibu akan mengajak kami sekeluarga untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah untuk mengeratkan lagi hubungan kami antara ahli keluarga.

Katanya, supaya kesihatan kami terjaga dan dapat menghirup udara yang segar. Dengan aktiviti seperti ini, kami lebih kenal antara ahli keluarga kami sendiri.

4) Ibu berkorban masa untuk keluarga

_MG_0150_zps871f5c98

Bila hari raya hampir tiba Ibu akan menjahit sendiri baju untuk ayah dan kami adik-beradik. Ini kerana hari raya merupakan hari bahagia untuk disambut bersama keluarga tercinta. Masih teringat akan keringat ibu yang bersengkang mata semata-mata menyiapkan baju raya kami sekeluarga.

Adakalanya ibu sendiri tak sempat untuk menjahit baju raya sendiri asalkan aku dan adik-beradik yang lain dapat beraya dengan gembira. Kami bukan orang senang nak beli pasang siap. Ibu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjahit baju raya. Begitu besar pengorbanan ibu terhadap kami sekeluarga.

5) Kami juga berkongsi hobi yang sama

hobi

Kami juga berkongsi hobi yang sama dengan ibu. Bila ada masa lapang sahaja ibu akan membawa kami bermain bowling, tengok movie dan macam-macam lagi.

Ibu akan bawa kami sekeluarga lakukan aktiviti seperti itu sekurang-kurangnya seminggu dua kali supaya kami dapat berkongsi dan lakukan minat yang sama.

6) Ibu selalu tolong keluarga

Emotional Farewell

Satu ketika ayah mengalami kerugian dalam perniagaan dan duit simpanan ayah makin berkurangan. Ketika itu ibu sentiasa menyokong dan membantu ayah dari segi kewangan dan nasihat.

Dari situ aku nampak ibu bukan seorang yang mementingkan diri. Ibu akan buat apa sahaja untuk memastikan keluarga kami bahagia walau apa jua keadaan sekali pun.

7) Ibu merupakan tulang belakang keluarga

Mother and Daughter Waiting for School Bus --- Image by © Jim Craigmyle/CORBIS

Tidak kira apa yang terjadi, ibu akan sentiasa menyokong apa yang kami buat. Disebalik kejayaan kami, ibu lah faktor utama yang membawa kejayaan.

Ingat lagi apabila peperiksaan mendapat keputusan rendah, ibu tidak marah, malah memberi nasihat dan semangat untuk buat yang lebih baik. Perkara yang sama juga ibu lakukan untuk ayah dan adik-beradik yang lain supaya mereka terus berjaya dalam hidup.

8) Ibu selalu bawa pergi bercuti

Winter portrait of a beautiful Asian family.

Ibu juga kerap merancang untuk pergi bercuti satu keluarga kerana dari itu kami akan dapat meluangkan masa lebih banyak bersama. Ibu merupakan tunjang utama untuk membuatkan kami sebagai satu keluarga yang bahagia dan aman.

9) Ibu pakar multi-tasking dalam satu masa!

Screen Shot 2015-05-14 at 4.05.35 PM

Ketika aku menonton television aku melihat ibu sedang memasak dan dalam masa yang sama mengemas rumah. Tanpa mengenal penat, aku kagum dengan ibu kerana ibu boleh memikul tanggungjawab yang besar bukan sahaja sebagai ibu, malah seorang isteri kepada suami. Ibu tidak pernah sekali pun merungut kepenatan..

10) Ibu sentiasa ingat hari penting

bday

Ibu sentiasa ingat hari penting pada setiap ahli keluarga. Contohnya seperti tarikh lahir dan bila tibanya hari konvokesyen. Selalunya ibu merupakan orang pertama yang akan mengucapkan ucapan hari jadi pada anaknya.

Selepas itu akan mengadakan upacara untuk menyambut hari lahir bersama keluarga. Dengan cara itu setiap antara ahli keluarga akan lebih sayang-menyayangi dan sedar betapa penting mempunyai sebuah keluarga.

Membina Keluarga Yang Kuat

Resepi cinta seorang ibu sememangnya tidak ternilai kerana mereka lah merupakan kekuatan utama dalam membina keluarga yang kuat dan harmoni. Mari kita lihat bagaimana ibu-ibu ini menunjukkan kasih sayang dan cinta kepada anak-anaknya di setiap sudut di Malaysia, tidak kira lah jauh atau dekat.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×