berita

11 Cara Paling Smart Nak Bagi Hint Dekat Crush

January 23rd, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

sejoliii

Perasaan suka dan minat terhadap seseorang kadang-kadang datang bukan atas kehendak kita sendiri. Perwatakan, sifat, dan kelakuan si dia seolah memberi isyarat ‘ya, saya masih single!’. Jadi salah siapa kalau hati ini tiba-tiba terpikat?

Jangan risau sebab hari ini kami ingin berkongsi 11 cara paling smart nak bagi hint dekat crush. Mulakan langkah anda sebelum disambar pesaing lain.

P/S : Korang tak perlu sediakan pensil atau kertas, sebab kami bukan majalah Remaja yang siap suruh buat calculation bagai.

Tweet Pasal Diri Si Dia Selang 2 Minit. Bayangkan Kalau Sejam?

tweet

Sebagai langkah permulaan, follow  twitter si dia dan tweet tentang dirinya sekerap yang mungkin kalau boleh selang 2 minit. Jangan mention secara terang-terangan tetapi tweet apa yang paling dekat dengan diri dia. Followers mungkin akan cakap korang dah angau tapi teruskan, bak kata Dato Seri Vida Qu Puteh ‘there is no elevator to success, you have to take the stairs‘. Kejayaan bagi cara ini diukur apabila si dia favourite tweet korang.

Upload Foto Di Instagram Dengan Caption Deep

deep

Korang mesti pernah berhadapan dengan situasi dimana kawan-kawan dekat Instagram post foto yang tak ada kena mengena dengan kapsyen. Sebagai contoh foto selipar tapi kapsyen pasal percintaan. Korang boleh cuba cara ini, post foto mangkuk tandas dan kaitkan kapsyen dengan minat korang dekat si dia.

Pinjamkan Kereta Seberapa Lama Yang Si Dia Mahu

kete

Selalunya bab bagi pinjam kereta ini sesuatu yang agak sensitif. Tapi tak apa, tunjuk kebaikan diri korang dengan menawarkan kereta kepada si dia. Kalau dia dah ada kereta, suruh dia simpan kereta itu, tak apa pakai kereta korang je. Sanggup ke tidak?

Buat Semua Kerja/Assignment Si Dia Kalau Gigihlah

busy

Tunjuk lagi sifat terpuji diri korang. Kali ini tawarkan diri untuk buat semua kerja/assigment si dia. Iyalah kalau dah suka, lautan api sanggup direnangi ye tak? Setakat kerja/assigment yang mudah itu apa lah sangat.

Kekalkan Jarak Yang Dekat Dengan Si Dia

kucing

Nampak macam agak scary tapi cara ini sesuai bagi memastikan si dia sentiasa berada dalam lingkungan radar korang. Kot tiba-tiba si dia terjatuh sebab terpijak pisang, ini lah masa yang sesuai untuk korang sambut dan peluk si dia. Jangan bash kami sebab drama melayu selalu buat.

Senyum 24 Jam Macam Ronald Mcdonald Apabila Berjumpa

donald

Ingat pesanan Dato Seri Vida Qu Puteh ‘there is no elevator to success, you have to take the stairs’? Senyumlah sebanyak mungkin walaupun ada yang akan cakap korang gila.

Hadiahkan Seutas Rantai Emas Poh Kong Jika Perempuan

pohkongg

Cuba cakap perempuan mana yang tak suka emas? Lagi-lagi kalau bagi free. Korek tabung dan cuba buat surprise dengan menghadiahkan seutas emas Poh Kong untuk si dia. Kalau bagi emas pun tak jalan, tak tahu lah nak cakap apa. Maknyah pun suka emas.

Hadiahkan Console XBOX 360 Jika Lelaki

xbox

Lelaki mana yang tak turn on apabila dihadiahkan sebiji XBOX 360? Bagi lelaki maskulin, ini petanda bahawa korang betul-betul faham akan minat dia. Untuk buat si dia major turn on, main game tersebut bersama-sama.

Standby Baju Pelbagai Warna, Kalau Dia Pakai Warna Biru, On The Spot Tukar Warna Tu

change

Untuk menampakkan pada si dia yang jodoh korang berdua sungguh kuat, pakai baju yang sama warna. Jadi untuk merealisasikan cara ini, beli dan standby baju bermacam-macam warna. Kalau si dia pakai warna pink sekalipun, pakai juga!

Nyanyi Lagu Siti ‘Betapa Ku Cinta Padamu’ Apabila Berselisih

http---makeagif.com--media-1-22-2015-kysmqX

Cara ini mungkin lebih direct apabila cara-cara yang lain tidak berkesan. Set masa yang sesuai untuk berjalan dan berselisih dengan si dia sambil menyanyikan lagu Siti Nurhaliza ‘betapa ku cinta padamu’.

Kalau Dah Semua Tak jalan, Move On Jela. Dia Mungkin Dah Berpunya

move on

Cara terakhir ialah move on tanpa mengucapkan selamat tinggal. Memang sukar tapi apakan daya korang tak cukup cantik dan kacak untuk memikat hati si dia. Beli dan pakai produk qu puteh qu puteh baru lah puteh. Selepas 3 bulan, kembali ulang step yang pertama! Haha! Selamat mencuba.

SKIP THIS AD ×