berita

12 Foto Mahligai Mewah Bernilai US$30 Juta Milik Mendiang Robin Williams

August 20th, 2014 | by Noraniza
Hollywood

Robin-Williams

Pada pertengahan Ogos yang lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan berita bahawa pelakon dan pelawak terkemuka antarabangsa, Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California yang disyaki akibat membunuh diri.

Berita itu kemudiannya disahkan oleh Leftenan Keith Boyd yang memaklumkan bahawa nyawa penerima anugerah Oscar itu berakhir akibat asfiksia.

Dikatakan membunuh diri kerana mengalami kemurungan yang melampau, mendiang telah meninggalkan sebuah mahligai mewah yang berharga lebih US$ 30 Juta. Wow!

Screen Shot 2014-08-20 at 3.20.34 PM

Kolam renang mewah di mahligai peninggalan mendiang Robin Williams

Menurut Kapanlagi.com, sejak tahun 2003, pelbagai fasiliti telah dibina di atas tanah berukuran 650 ekar itu. Lengkap dengan dekorasi mewah, sudah tentu mahligai ini menjadi idaman setiap individu kan?

Namun, hairan juga kami apabila mahligai ini dikatakan tidak dapat dijual meskipun harganya telah diturunkan daripada US$35 Juta kepada US$30 Juta pada April lalu.

Malah, mahligai yang mempunyai 5 bilik tidur utama ini masih tiada pembeli sehingga kini. Pelikkan? Ermm. Jom kita tengok lebih banyak foto mahligai ini di bawah.

Kredit foto: Splashnews.com

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×