[13 Foto] Ambil Gambar Kahwin Sebelum Mati. Penghidap Kanser Guna Baki Hayat Penuhi Impian Hidup - OHBULAN!

berita

[13 Foto] Ambil Gambar Kahwin Sebelum Mati. Penghidap Kanser Guna Baki Hayat Penuhi Impian Hidup

March 13th, 2017 | by Hanis Aliaa | 9 comments
62.8K
reads
13.7K
shares
Gaya Hidup

FotorCreatedBerdepan dengan kenyataan menghidap kanser payudara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terutamanya bila kita tahu yang kita takkan hidup lama. Tapi hidup perlu diteruskan. Bagi Q May Chen, 27 tahun, dia baru ingin memulakan hidup baru apabila berjaya melawan kanser 4 tahun lalu.

Namun, dua tahun kemudian, kanser itu kembali dan ianya sudah diperingkat kritikal dan tidak boleh diubati. Chen ingin menjadikan hari-hari terakhirnya lebih bermakna dengan mengambil gambar perkahwinannya secara solo.

Impian sebelum menutup mata.

1

2

3Chen memberitahu dalam temubual bersama Cosmopolitan.com , sejak kecil dia memang suka bersiap, mengambil gambar dan berangan yang indah. Dia memang inginkan gambar perkahwinan yang cantik dan menanti lelaki yang sesuai.

Tapi sejak dia sakit, Chen sedar sekarang adalah masa yang sesuai. Dan dia hanya perlukan dirinya saja untuk merealisasikan impiannya.

Masa sangat berharga dan masa tidak boleh disia-siakan. Saya tak perlu tunggu, saya boleh lengkapkan impian saya sendiri.

Mimpi jadi nyata.

4

5

6

7Chen memakai 4 gaun berbeza yang menggambarkan 4 sisi berbeza dirinya. Photoshoot ni dibuat di Gunung Yangming. Pemandangan memang lawalah. Ala-ala fairytale gitu.

Jadikan saat akhir untuk sesuatu yang bermakna.

8

9

10

11

12

13Chen menerima banyak mesej sokongan daripada orang-orang yang mengatakan dia memberi inspirasi kepada mereka. Photoshoot dia telah berjaya untuk mengingatkan orang ramai untuk menggunakan masa yang ada kita sebaiknya. 

Seterusnya, Chen berhasrat untuk memenuhi hasratnya berbulan madu di Bali. Hebat sungguh Chen. Menghabiskan sisa hidup dengan memenuhi segala impiannya. Moga jadi inspirasi buat kita.

Kredit : Cosmopolitan.com 

9 Comments

  1. Moda says:

    Eloklah tu, kira cam movie Queen Latifah last vacation namanya kalau tak silap. cuma cerita tu doc tersilap diagnosed konon dia dh nazak, walhal dia sihat.so, dh tahu nk mati,dia habiskn duit simpanan dgn bercuti di tempat mewah impian dia.
    Duit banyak dh takde nilai. Yg penting mati dgn tenang.
    Ada gak org yg dh nazak tapi takde duit nk buat itu ini kali terakhir, lagi la sedih.

  2. linda says:

    tetiba teringat balik cerita kartun your lie in april

    sedih sgt sgt

  3. Root says:

    Habis lah ko mati tak sempat masuk islam. Sepatutnya saki baki hidup yang bersisa ni digunakan untuk ucap kalimah shahadah & belajar agama mana yang patut, tapi telah dipersia2kan dengan buat photoshoot syok sendiri

    • Tiara says:

      Dari segi tak bertuah memang die tak bertuah sebab xdapat hidayah dari Allah. Mungkin die takda kenalan yg boleh ajar die mengenai islam. Pokok pangkal hidayah tu milik Allah. Kalau Allah xbagi nak buat macam mana. Tpi kau takda hak nak ckp die mcmtu. Elok kau sebagai seorg islam sekarang ni jalani lah cara hidup islam betul2.. Islam tak ajar pun menegur sampai menghina macam kau cakap kat die tu, tu satu penghinaan kalau kau baca balik ayat kau….doa jelah baik2 kite yg belom tau bila nak mati ni takot2 pun xsempat nak mengucap.. Jaga2 mulut yaa?

  4. junta says:

    inspiring. sikap positif dia ptt kita ambik contoh.betul. dia mungkin mninggal bkn dlm Islam.tp siapa kita nk mghukum kn. hidayah tu milik Allah. sekali Allah dtgkn, y jahil blh brubah lebih baik drp kita. kita y hidup ni, msih blum tentu kesudahannya. adakah sihat selamanya? mati dlm keadaan beriman? x offense. maaf slp dan silap