berita

[13 FOTO] Gadis Ini Viral Gara-Gara Bernikah Dengan Jejaka Dari Korea – Kisah Cinta Mereka Mampu Buat Anda Tersengeh

April 14th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

headerJodoh tiada siapa yang tahu. Bertahun-tahun bercinta pun belum tentu akan berkahwin. Sama juga seperti wanita kelahiran Indonesia ini. Siapa sangka minatnya terhadap program Korea Selatan, Running Man, Vera Nanda Putri bertemu jodoh dengan jejaka dari Korea Selatan. Cintanya berputik di Korea ketika berada di sana untuk belajar bahasa Korea. Aicewahh! So sweet..

Cinta tak mengenal agama & negara. 13

1

2

12

Wanita yang berusia 29 ini menyatakan niatnya ke Korea pada 2015 hanyalah untuk mempelajari bahasa Korea. Dia melanjutkan pelajaran di Seoul National University dan bertemu dengan Jun, seorang graphic designer. Jejaka yang berjaya mencuri hatinya di Seoul.

Menurut Nanda menerusi VIVA.co.id, proses perkenalan mereka hingga ke pernikahan berlaku agak cepat. Dan pada awalnya Nanda tak pernah terfikir pun akan berkahwin dengan Jun sebab perbezaan agama.

Jun serious untuk peristerikan Nanda.11

10

9

Nanda menceritakan saat Jun meluahkan hasrat untuk memperiterikan Nanda. Jun menelefon sendiri ayah Nanda yang berada di Indonesia. Effort dan kesungguhan Jun membuatkan Nanda tersentuh. Awww..So sweet..Lepas dah confess, Jun pun fly ke Indonesia untuk melamar Nanda mengikut adat Indonesia. Gentleman sungguh!

Mula belajar Islam sebelum lamar Nanda.

8

7

6

5

Korang mungkin rasa Jun masuk Islam sebab nak kahwin je kan? Tidak ye..Sejak berkawan dengan Nanda, Jun dah memang tertarik dengan Islam. Setiap minggu, Jun akan luangkan masa untuk belajar pasal Islam secara rela. Dia belajar sampailah dia official memeluk agama Islam. Barulah dia melamar Nanda. Then terus bernikah pada 27 Februari yang lalu.

Perkahwinan dengan tema unik.3

Apa yang menariknya, perkahwinan diorang adalah gabungan dua budaya. Ianya dibuat dengan tema Minang dengan sedikit sentuhan Korea Selatan. Kedua pasangan turut menggayakan pakaian tradisi Korea iaitu Hanbok dengan dekorasi Minang.

4

Screen Shot 2017-04-14 at 22.01.38

Dulu Nanda pernah dibuli dengan komen negatif dari netizen sebab bertubuh gempal dan percintaannya hanyalah rekaan semata-mata. Bagi Nanda dia tak peduli semua itu sebab dia dapat lebih banyak sokongan positif.

Nanda juga akui soal bahasa takkan jadi penghalang. Sebab dulu Jun pernah tinggal di Australia selama beberapa tahun. Apa yang Nanda risau adalah perbezaan adat dan budaya mereka berdua.

Menikah sama orang Korea dan hidup di Korea secara real jangan dipikir sama kayak di drama Korea. Hidup di sini tak seindah di drama Korea.

Ini baru real life. Tak semestinya kahwin dengan orang Korea, kisah cinta pun macam dalam drama Korea kay. Tahniah kepada pasangan pengantin. Moga kekal till jannah.

Kredit : Vera Nanda Putri & Viva.Co.Id

SKIP THIS AD ×