22 Foto Nurul Wahab Sambut Tahun Baru Bersama Keluarga Mertua Di Perancis - OHBULAN!

berita

22 Foto Nurul Wahab Sambut Tahun Baru Bersama Keluarga Mertua Di Perancis

December 27th, 2012 | by Noraini Nasir | 31 comments
Lensa Insta

Sempena sambutan tahun baru, penyanyi terkenal Nurul Wahab dan suami tercinta, Eric Depp telah terbang ke Perancis bagi meraikan perayaan Hari Natal bersama keluarga tersayang.

Menerusi blog Nurul Wahab, penyanyi ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama tiga minggu iaitu bermula 19 Disember hingga 11 Januari akan datang.

Sepanjang berada di Perancis, Nurul telah kongsikan beberapa foto detik-detik indah dirinya bersama keluarga mertua di laman Instagram dan nampaknya Nurul begitu teruja apabila pertama kali menyambut perayaan Hari Natal bersama ibu bapa Eric.

Menerusi foto yang dipaparkan, Nurul telah menghadiahkan ibu mertuanya sehelai turban rona oren rekaan Ifa Raziah yang dikenali sebagai Serifa Turban.

Dalam pada itu, Nurul turut memuat naik beberapa rakaman video mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sepanjang berada di Perancis menerusi laman YouTube yang dikenali sebagai Nurul Wahab Channel.

Jom layan foto Nurul bersama keluarga mertuanya selepas ini :

 

Kredit Foto : Instagram Nurul

31 Comments

  1. Maylowbee says:

    Sambut tahun baru? Oh, kat Franchis, diorang awal beberapa hari ek dari kita? Awalnya sambut tahun baru. Ke Christmas? Org Islam bleh sambut Christmas ek?

    (0)
    • Memed says:

      Kalau datang atas niat menghormati “budaya” mertua dia x salah rasanya! Serina Chef Wan pun pulang ke UK utk melawat keluarga mertua dia sambut krismas. Lgpun dlm islam x melarang “saudara baru” melawat ibu bapanya yg bukan islam.. x kan lah lepas laki nurul ni masuk islam maka dorang x bleh lg nk melawat keluarga bukan islam? lg 1 perlu diingat “budaya” & “agama” adalah dua benda yg berbeza.. ada ke gambar nurul pergi gereja kat ats tu? jangan mudah nak meletakkan hukum.. sedangkan dorang pun boleh hormat budaya kita! benda2 mcm ni la yg buat org2 agama lain susah nk hormat agama kita! dasar caprut!
      lg 1, islam bukan hanya melarang umatnya menyambut krismas, tetapi turut MELARANG
      UMATNYA BERPAKAIAN SEKSI!

      (0)
      • setuju says:

        aku setuju dgn memed..
        pk lah dulu sebelum memberi komen..
        tak paham lah korang ni

        (0)
      • Naim says:

        SETUJU 1000% dengan u, Memed. Kalau semua fikir mcm u, aman dunia. Jgn asyik fikir yg negatif je. Kita mesti respect agama dan budaya org, baru org respect agama dan budaya kita. jgn asyik nak meroyan je, walhal xda hal pun…

        (0)
        • Perasan Berabis says:

          ye ke? baguslah kalo cam tu cuma nampak sgt pikiran ko tu yg bawah tempurung. kalo org perancis tu sume hormat agama dan budaya org len, knp org islam di sana dilarang pakai tudung? pergi sekolah awam tk bleh pakai tudung. byk lg bukti len tp biasalah, ada org islam len je yg terkinja2 nk tunjuk rasa hormat-menghormati tu kan?

          (0)
  2. kak limah says:

    Apa nk jadi….org islam gi sambut hari christmas?? Adohaiii nurul wahab sedar2 lh, sedih tgk gmbr2 yg ko upload. Al kafirunnnn…..

    (0)
  3. lia says:

    Subhanallah.. ni bukan sambut tahun baru.. ni sambut Krismas.. dengan bangganya bagitau semua peminat ye..

    (0)
    • lawyer... says:

      pada pendapat saya dia hanya menghurmati keluarga mertua, bukannya dia bertukar agama. apa salahnya, asalkan imannya kuat..

      (0)
  4. usinlempoyang says:

    Adoyaiiii Nurul… bangga ko bgtau rakyat Malaysia yg ko sambut Xmas erkkk???

    (0)
    • Mat Indra Tokey Balak says:

      Xpe, xpe jgn gado2. Apakata kita semua mohon pendapat dan petunjuk ttg isu nih drpd bakal Mufti Putrajaya, Ustazah Besar Abby Abadi. Mungkin beliau bleh keluar fatwa yg sesuai (jgn kafirkan org dah le ye). Ahaks!

      (0)
      • benci.. says:

        kenapa nak kaitkan dgn Abby pula…awak ingat awak bagus sangat ke nak kutuk2 Abby tu….at least Abby tu dah berubah. Hormatilah perubahan seseorang ke arah kebaikan…

        (0)
  5. mm says:

    aku sokong komen memed.sdgkan najib pun sambut krismas..xde plak korang nak bising2.

    (0)
  6. nora says:

    cam ne pulak kalau mertua kita tu sambut krismas. takkan tak boleh balik sempena cuti krismas? cam ne tu. asalkan nurul tak tukar akidah sudahla. ada org islam yg tak sambut krismas tp seumur hidup tak solat camne tu

    (0)
    • setuju says:

      betul2!kut ya nak kutuk orang,renung2kan diri sendiri terlebih dahulu..tak ada yg sempurna..jangan tahu menghukum sahaja..

      (0)
  7. campur says:

    korang ni janganla judge sangat. mak aku pun dari sabah asalnya agama kristian skrg da masuk Islam tapi family kat sana masih lagi kristian. kalau krismas pun buat gathering, bukan menyambut. kan nak eratkan silaturrahim, takkanlaaaa nak jumpa family pun tak boleh. lagipun masuk gereja pun bukan salah, cuma kita jangan terpengaruh dengan agama dan ajaran kristian aje. yang penting didikan agama itu mencukupi untuk kita tau mana benar dan salah. kalau nurul pg perancis utk sama2 keluarga, tak salah kan. ish2. tak baik buruk sangka.

    (0)
  8. york says:

    sedap mulut je ckp org kafir sbb sambut krismas..xfaham dgn org melayu/islam sekarang ni..nak agama lain hormat agama kite,tp kita yg beragama islam xnak pulak hormat agama lain..knp? islam ada ajar macam tu ke? aku dulu pernah tanye cikgu aku persoalan mcm ni..ckgu aku ckp xde masaalah,asalkan kite xterikut2 @ terkeluar dari akidah..yg penting iman kite kuat..zaman sekarang je aku tgok macam2 hukum keluar,,yg haram dihalalkan,yg halal diharamkan..bary2 ni kat indon,org2 islam baling telur kat gereja mase krismas..ade ke org kristian baling telur mase umat islam sambut aidilfitri ari tu.. mungkin kene penjelasan dari ustaz Azhar Idrus kot baru korang faham..yela skarang ni kn tengah fenomena UAI,ustaz lain ckp ume pun xbetul… dgar ceramah pun bermusin ada hati kafirkan orang..

    (0)
    • Perasan Berabis says:

      kalau dah exchange hadiah tu, bukan terikut2 ke? kalo setakat nk hormat, pergi ziarah je cukup lah. knp sibuk2 nk sambut? liberal n kosmopolitan la kunun. kalo atas dasar hormat-menghormati, diorang tk nk belajar puasa gak ke? btw, kat indon tu bukan baling telur kat gereja tau, pembinaan gereja kat area tu tak diluluskan so belum ada gereja pun, get your facts right. tk yah tunggu UAI, kat sekolah dh belajar pun sume ni. ko kalo nak jadi fasik, buat sdn bhd je okay, jgn babitkan org len.

      (0)
  9. Reen22 says:

    So what??dia hormat agama ibu bapa mertua tak salahkan?ke awak ingat dunia ni ada agama Islam je ke?0pen minded pls…Saling hormat menghormati barulah org yg bijak!!

    (0)
    • Perasan Berabis says:

      Islam tu bukan agama tp cara hidup, meliputi semua urusan. btw, hormat-menghormati dan open mindedness bleh buat tanpa korbankan pegangan sendiri okay.

      (0)
  10. Amir Asyraf says:

    Hai orang jahiliah semua, menyambut hari perayaan agama lain ialah HARAM tanpa syak dan ragu-ragu. Tak kisahlah kau sambut ngan suami ke, dengan mertua ke, kawan-kawan rapat ke, bos tempat kerja ke…

    Ini bukan tentang soal hormat-menghormati, dah memang HARAM menyambut perayaan KAFIR dan bukan Islam.

    Samalah menyampaikan ucapan seperti “Merry Christmas” atau “Selamat Menyambut Hari Krismas” dan sebagainya, kerana kita mengharapkan kesejahteraan dan kebahagiaan bagi mereka yang kafir menyambut perayaan yang kafir iaitu menentang Islam.

    Bagi sesiapa yang mengatakan kepada orang lain ‘otak sempit’ yang mengkritik Nurul Wahab yang sudah nyata sesat ini, silalah kembali ke jalan yang benar kerana anda telah sesat.

    (0)
  11. lantakpilah says:

    lebih baik tengok kesalahan diri sendiri dari sibuk tengok kesalahan orang lain…

    (0)
  12. hello!,I like your writing so so much! proportion we be
    in contact more approximately your article on AOL?
    I need a specialist on this house to unravel my problem. Maybe that’s you! Having a look forward to peer you.

    (0)
  13. bred pit says:

    pelik nya. tapi syukur la..agama sa x melarang apa2. nak sambut perayaan ape2 pun ok jer. yg penting hormat menghormati dan tidak menyentuh isu sensitif.

    (0)