38 Foto Majlis Pernikahan Zakiah Anas & Raja Shahrul Azmi - OHBULAN!

berita

38 Foto Majlis Pernikahan Zakiah Anas & Raja Shahrul Azmi

December 12th, 2012 | by Noraini Nasir | 14 comments
Lensa Insta

Tahniah! diucapkan buat pasangan Zakiah Anas dan suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 yang telah selamat bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 11.35 pagi tadi.

Menurut laporan di blog Mazidul Akmal Sidik, Zakiah Anas dan pasangannya telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai dan berwalikan abang Zakiah sendiri iaitu Mohd Adnan Anas.

Menurut Zakiah, dia mula mengenali Azmi sejak sama-sama menuntut di UiTM 21 tahun lalu dan bagaimanapun mereka tidak sempat bercinta kerana ketika itu Azmi telah menyambung pengajian ke Jepun.

“Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun,” jelas Zakiah Anas.

Jom lihat foto pernikahan Zakiah Anas selepas ini.

14 Comments

  1. syhh says:

    masih cantik lagi Zakiah Anas…

    (0)
    • Tua sebelum waktu says:

      For a lady who is 46 years old, she look stunning and awesome. Kalau lah bini2 kat Malaysia ni pandai maintain body dan kecantik macam Zakiah ni…fuhhhh! Ni baru masuk 30-an dah cam anak 10 org dan kaw rumah dah tak de salon rambut dan kedai pakaian baru. Untung laki dia dapat Zakiah ni..yg lain2 tengok je lah!

      (0)
  2. why says:

    hubby dia ni open giler…terserempak ngn dorang tgh makan siap kongsi rokok lagi…

    (0)
  3. lia says:

    Skang ni dye dh pkai tudung ke ?

    (0)
    • why says:

      rasa nyer utk majlis nikah …..sb masa jmpa dulu free hair jer…cun (maybe sb dia mekap) tapi orng nyer tinggi langsing

      (0)
  4. Olga says:

    Gigih buat pelamin dalam masjid! dah tu org nak solat cemana? apa salahnya bersanding kat rumah!

    (0)
  5. berry says:

    tahniah…semoga berkekalan dan berbahagia…

    (0)
  6. Simple yet elegant!

    (0)
  7. anti selebriti propa says:

    congratulations… ZA nmpk manis behijab, kalau pakai terus kan lebih baik..

    (0)
  8. Jambu Jinkalewa Jinkalah says:

    Zakiah bt Anas? wahaha..penedek je ek..bagus2.. ok la dr name stage name artis yg mengelebah tu..

    (0)
  9. ahseng says:

    Kesian hubby dia…dulukan dia pernah kantol pasal gambar berkemban…

    (0)
  10. dora says:

    adui..cemburunya…. mcm anak daralah zakiah anas nih…semoga bahagia ya.

    (-1)