Laman Utama » Advertorial
Video ini memaparkan perasaan wanita yang jiwa kacau dan meronta-ronta hatinya kerana telah ditipu oleh kekasihnya. Kesian juga, tapi apa nak buat, kan?
Anda mesti pernah alami tanda-tanda jiwa kacau, atau pernah melihat rakan anda sendiri melakukan tanda-tanda JK yang akan kami kongsikan sebentar lagi. Jiwa Kacau atau lebih dikenali sebagai JK merupakan salah satu masalah psikologi berpunca daripada pengalaman putus cinta yang dihadapi oleh individu terbabit. Tanpa mengira jantina mahu pun saiz badan, JK boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan untuk satu tempoh tertentu. Tempoh kemurungan itu bergantung pula kepada persediaan individu itu untuk ‘melepaskan’ bekas kekasihnya.
Hasil pemerhatian, kami mendapati 4 tanda popular seseorang itu mengalami JK disebabkan putus cinta :
1. Memecahkan gambar bekas kekasih

Salah satu cara untuk melepaskan geram adalah dengan memecahkan gambar bekas kekasih. Bagaimanapun, teknik ini masih dapat membuatkan anda kerinduan yang teramat sangat. Jadi, lebih afdal sekirannya anda terus membakar gambar bekas kekasih itu.
2. Menangis sepanjang hari

Penghidap JK lebih cenderung untuk mengurungkan diri dalam bilik dan menangis sepanjang hari kerana teringatkan kenangan pahit manis bersama bekas kekasihnya. Di ketika ini, penghidap JK memerlukan teman rapat untuk meluahkan perasaan selain membendung mereka daripada melakukan tindakan di luar kawalan seperti mencederakan diri.
3. Menukar status Facebook atau Twitter setiap 30 saat
Individu JK turut gemar menukar status Facebook, Twitter atau BBM setiap 30 saat dengan harapan ada orang lain yang berasa simpati dan secara tidak langsung melayan perasaannya. Walaupun teknik ini diibaratkan sedikit ‘loser’, kebiasaannya teknik ini berjaya meraih simpati orang lain yang terlebih masa. Contohnya, anda meletakkan status JK di BBM berbunyi, “Kenapa aku dipersalahkan?”
Kurang 5 saat, seorang jejaka bertanya, “Kenapa you, meh share dengan I?” Secara automatik, anda berjaya meraih simpati jejaka itu. Voila!
4. Meluahkan perasan pada setiap orang
Penghidap JK juga akan meluahkan peraaan kepada setiap orang yang ditemuinya tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. Kelompok ini boleh dikategorikan sebagai serius kerana kalau tersilap langkah, ia boleh menjerumuskan penghidap JK ke dunia seks bebas.
Contohnya, anda bertemu teman baru di kelab malam. Anda tanpa sedar telah menceritakan masalah peribadi sehingga mendedahkan kelemahan diri. Teman baru ini pula mempunyai agenda tersendiri, ditambah pula apabila dia melihat tubuh anda memang mengiurkan. Jadi, teman baru ini pun meletakkan sesuatu ke dalam minuman anda. Anda minum, dan keesokan harinya baru sedar anda telah ‘dikekah’ oleh teman baru itu.
Siapa yang rugi?
Bak kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri.”





*i think i have the 3rd when we have a fight..haha!* 4 Tanda Jiwa Kacau Disebabkan Putus Cinta http://t.co/8rDXTCFw via @ohbulancom
http://t.co/3GKmHDh4 everybody has this one friend hahahha
kesiannya insan2 yang pernah JK ni krital ni kalau ditipu,apatah lagi lelaki yang sanggup jadi pendengar rupa-rupanya mengambil kesempatan..aku simpati la kalau ada orang macamni dalam dunia ni,mungkin aku tak tahu ada yang lebih teruk lagi agaknya,aku rasa telah tertulis di azali yang dia kena or terpaksa menerima peristiwa hitam dalam hidupnya,itula nasib baik buruk seseorang tak siapa yang tahu..aku rasa orang seperti ini harus tabah dan kena kuat menerima keadaan seadanya,masih ada yang sayang..
huk3x aku pnh kn mcm nie dl coz x bf nak pts kata aku tak cantik pdhal dia dah ada gf baru…gf dia cikgu aku lak tgh study lg…nangis trk gak lar sampai 3 bln nangis mata bengkak2 abis lecturer dok tanya nape mate bengkak2…tp bila dah setahun dah tak de rs syg pun tb2 dia dtg nak sambg balk…tp tah lar mcm dato fadilah kamsah ckp bl dah byk sangat nangis dah jd mcm mentol lampu yg dah lm terpsg tiba2 meletop…dah tak de rs syg ke cinte ke…semua tak der tgk dia dpn mata pun mcm tgk batu jer…
aku lak… 2 taun amik mase nak lupekan die…
pas da takde rase pape saje je msj die balik… hahha
now kitaorg jadi kawan.. n still boleh kongsi cerita dengan die..
die pun da bahagie ngn pilihan die.. same gak aku…
pengalaman mematangkan diri dan pemikiran… :)
Oke