5 Cara Paling Selamat Untuk Elak Soalan Cepu Emas Dari Sedara Mara Bila Balik Kampung Time Raya. Ha! - OHBULAN!

berita

5 Cara Paling Selamat Untuk Elak Soalan Cepu Emas Dari Sedara Mara Bila Balik Kampung Time Raya. Ha!

May 18th, 2017 | by Murni | 5 comments
77.5K
reads
6.6K
shares
Kini Trending

Kalau korang berumur 26 tahun keatas tu memang kena hadap la telinga bila makcik-makcik tanya ‘bila nak kahwin? dah ada calon ke? bila nak bawak balik menantu untuk mama kau’ dan sebagainya.

Itu semua sememangnya soalan cepumas yang sangat menakutkan bila keluar dari mulut makcik-makcik dekat kampung. Fuh..

Macam-macam jawapan dah disediakan dalam kepala supaya tak kantoi yang korang ni sebenarnya still single! Hahaha. So, admin nak kasi tips untuk korang elakkan semua soalan ni dari ditanya. Selamat sikit korang hehe..

1. Buat-buat ‘busy’ dekat dapur bila tetamu datang beraya. Padahal….

Cara dia macam ni, korang nampak je kelibat makcik-makcik kepoh tu depan rumah, terus buka langkah yang lebar untuk jalan ke dapur. Buat la apa yang patut kat dapur tu. Potong nasi impit ke, buat air ke, buat rendang ke. Haha yang penting NO EYE-CONTACT! Kalau tak, habis korang kena soal macam polis nanti..

2. Bila kena pergi beraya, bawak cousins korang yang kecik-kecik tu. Baru riuh sikit!

Ini cara ‘play safe’ paling mudah. Memang korang boleh menyorok kat dapur rumah sendiri, tapi bila diajak beraya rumah dorang pulak macam mana? Ha, bawak adik-adik sedara korang paling lasak sekali pergi beraya. So nanti time dorang ajak bersembang pasal kahwin ke apa, boleh lah korang buat-buat busy melayan kerenah budak-budak tu. Hehe amacam? Selamat kan?

3. Bila dia soal kau, kau soal dia balik. So dua-dua kena jawab. Haha!

Kalau dah tak boleh cover sangat, korang guna tips ni. Mungkin menjadi hehe.. Bila dorang tanya ‘bila nak kahwin?’ boleh lah korang jawab dengan tenang ‘relaks dulu, masih belum puas hidup single’ ataupun ‘kerja dulu, cari duit, kahwin kemudian’.

Pastu.. korang tanya balik yang belum berkahwin. Haa tengok jawapan apa pulak dia bagi, so takdelah awkward sangat kat situ hehehe.

4. Pandang parents korang, bagi dorang jawabkan. Kikiki

Kalau dah takde idea sangat apa nak jawab dan korang malas nak lari-lari dah, serahkan jawapan untuk semua soalan kepada parents korang. Kasi mereka yang jawabkan, confirm makcik-makcik kepoh tu takkan tanya banyak. Haha!

5. Salam semua orang pastu masuk bilik. Lepak minum teh tarik dengan biskut lagi best!

Dah malas nak layan soalan yang sama setiap kali tetamu datang beraya? Cara paling mudah dan tak nampak macam takde adab adalah korang salam semua tetamu yang sampai, pastu lari masuk bilik bawak teh tarik dengan biskut. Lepak dengan sedara yang lain. Ha senang kerja.. Hahaha

Apa pulak rahsia untuk menghasilkan Teh Tarik Ori yang sedap? Ikut steps ni! Baru layan..

Senang kan?! Tak perlu susah-susah untuk dapatkan rasa Teh Tarik yang terangkat. Boleh buat sendiri je dengan 3 langkah mudah ni. Cuba korang buat Teh Tarik Ori F&N ni untuk makcik-makcik kepoh tu, confirm dorang takkan tanya dah pasal kahwin sebab teh tarik sedap sangat hehe.

Oh ya, Jom Tarik bersama Hang Tarik akan diadakan di Mydin USJ!

Bukan itu sahaja, korang juga dijemput untuk menyaksikan pakar persembahan Teh Tarik F&N mendemonstrasi cara membuat Teh Tarik Ori F&N pada 20 Mei di Mydin USJ, jam 11 pagi. Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai pertandingan menarik dan korang berpeluang memenangi banyak hadiah lumayan!
Cara untuk menyertai? Senang je.. Dengan pembelian 2 tin Krimer Manis F&N atau Krimer Sejat F&N dan paparkan resit pembelian. Haa apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu Mydin USJ pada 20 Mei ni. Jumpa disana!

5 Comments

  1. Ros says:

    “Saya kahwin bila makcik bercerai. Lagipun kawen mana boleh lama2 kan makcik, orang lelaki ni suka mcm2 makanan gitew, takkan hari2 nak makan benda sama forever and ever kan. Lagipun we don’t need man everyday, bila perlu je. Nanti bila saya dah x tau nak buat apa dalam hidup, saya join la club makcik untuk tanya anak dara lain soalan sama. Cing.”

  2. Ha Ha ha..Tips terbaik especially bila seorang bujang berdepan dengan soalan “bila nak kahwin?”

  3. Hafizzudin.uteh says:

    Nice info..

  4. Faizal says:

    Bulan remajanya bulan bagus