berita

5 Fakta Ini Akan Buat Peminat Tegar Ada Apa Dengan Cinta Gembira Dengan Sekuel AADC2!

April 27th, 2016 | by Ai
Filem Antarabangsa

aadc2 cover

Filem Indonesia Ada Apa Dengan Cinta yang ditayangkan pada tahun 2002 telah mencipta fenomena luar biasa apabila meraikan cinta, persahabatan dan seni puisi dalam sebuah naskhah filem ulung. Admin ingat lagi lepas cerita ni meletop tiba-tiba ramai orang mula berjinak-jinak baca buku puisi.

Semalam kami berpeluang menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) sempena Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2.  Setelah 14 tahun berlalu sejak AADC pertama kali muncul, AADC2 akhirnya bakal ditayangkan pada 28 April ini!

Berikut kami senaraikan beberapa fakta menarik tentang filem sekuel ini yang bakal menggembirakan hati peminat tegar AADC. Beware of the spoiler alert, jangan cakap kami tak payung!

1. Jogjakarta Bakal Jadi Tumpuan!

Cinta-dan-Rangga-AADC-21

Rangga membawa Cinta menyelusuri hutan sebelum memanjat ke puncak Gereja Ayam Magelang untuk melihat pemandangan matahari terbit

Filem merupakan wadah terbaik untuk mempromosikan tempat pelancongan yang berpotensi menjadi tumpuan para pelancong dari seantero dunia. Lihat saja Pulau Nami yang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Korea selepas drama bersiri Winter Sonata menjadi fenomena di kaca televisyen suatu ketika dahulu.

aadc2

Umumnya orang Malaysia lebih sinonim dengan lokasi percutian seperti Bali jika membayangkan holiday di Indonesia, tapi kami yakin selepas menonton AADC2 anda akan lebih terpanggil untuk mengunjungi tempat-tempat unik di Jogjakarta!

Gereja-Ayama

Gereja Ayam Magelang

Antara lokasi babak-babak romantis dirakam dan disebut dalam AADC2 adalah Pojok Beteng, Pantai Parangtritis, Padepokan Bagong Kussudiardja dan Gereja Ayam Magelang. Tempat-tempat ini penuh dengan nilai artistik yang akan menambat hati mereka yang mencintai seni dan unsur budaya!

2. Beza ‘Holiday’ Dan ‘Travel’

cinta dan rakan2

Dalam AADC2 ditunjukkan perbezaan mereka yang melawat sesebuah tempat untuk liburan (bercuti) atau mengembara (travel).

Golongan pelancong yang bercuti diwakili oleh Cinta dan rakan-rakannya, dimana mereka merancang perjalanan dengan teliti, termasuk membuat jadual tempat apa yang perlu dilawati dan aktiviti apa yang harus dijalani.

Fakta Menarik dan Misi Rangga di Film Ada Apa dengan Cinta 2 ketika di luar negeri

Berbeza dengan Rangga yang ‘main redah’ tanpa membuat perancangan dan berani mencabar diri menerokai tempat asing tanpa guide. Memang betul-betul enjoy the journey, not destination!

3. Dejavu Dari Filem Prekuel!

LINE_–_Ada_Apa_Dengan_Cinta_–_2014__Mini_Drama__-_YouTube-4

Menariknya, AADC2 boleh berdiri sendiri tanpa filem prekuelnya, AADC. Namun, terdapat detail-detail kecil yang hanya mereka yang menghayati filem pertama itu sahaja yang akan memahami dan mengalami perasaan dejavu apabila melihat babak tersebut.

line-e28093-ada-apa-dengan-cinta-e28093-2014-mini-drama_2_nov-7-2014-5-43-37-pm2

Sebagai contoh, babak dimana Cinta terlupa rakan-rakannya sedang menunggunya untuk makan malam bersama kerana dia terlalu asyik keluar dengan Rangga. Rangga mentertawakan Cinta kerana teringat insiden Cinta yang tanpa sengaja membelakangkan rakan-rakannya sewaktu mula-mula bercinta dengan Rangga (ada dipaparkan dalam filem prekuel).

4. Persahabatan Yang Tulus Itu Wujud!

ada-apa-dengan-cinta-2001

Tema utama yang diangkat dalam AADC selain cinta adalah persahabatan. Cinta, Alya, Milly, Karmen, Maura bersahabat baik dari bangku sekolah dan selalu ada untuk satu sama lain dikala senang dan susah. Peminat tegar filem ini turut merasakan kesedihan apabila watak Alya meninggal dunia dan tidak dimunculkan dalam AADC2.

friendship

Dalam filem pertama, Rangga skeptikal terhadap persahabatan Cinta dengan rakan-rakannya, namun dalam AADC2 dia mengakui bahawa persahabatan yang tulus itu wujud apabila Cinta masih akrab dengan sahabat-sahabatnya sehingga kini, malah merekalah yang membantu menghubungkan kembali Cinta dan Rangga.

5.  Ada DUA Ending!!!

cinta rangga

Tak semua suka cerita cinta yang ada happy ending. Ada orang kata, cinta lagenda adalah cinta yang tidak kesampaian. Jika anda menonton dengan teliti filem ini, anda akan ketahui bahawa AADC2 mempunyai dua pengakhiran cerita; cinta yang terpaksa dilupakan dan juga happy ending!

Line-AADC

Pendapat admin, penulis dan pengarah AADC2 memang bijak sebab secara tersiratnya menyelitkan dua pengakhiran berbeza. Bukan senang nak puaskan hati semua orang, at least cara yang diorang guna ni berkesan sebab penonton boleh pilih sendiri part mana yang diorang nak ambil sebagai ending. Syabas diucapkan!

Sumber: Filem AADC2 dan Jogja Student

SKIP THIS AD ×