berita

5 Idea Untuk Berhari Raya Dengan Lebih Glamor Tahun Ini

May 31st, 2017 | by Epul
Kini Trending

“Alamak! Dah start puasa tapi persiapan raya apa pun tak buat lagi! Nak shopping kat mana ni?”

Ayat mak kita yang biasa kita dengar menjelang puasa. Biasalah, mereka adalah antara yang paling sibuk buat persiapan raya. Dari langsir, baju raya, kuih raya, perabot sehinggalah aktiviti membersih rumah, semua mereka yang fikir. Kalau kita tak tolong, mula lah dengar diorang membebel, kan? Hehe..

Jadi, raya kali ni apa kata korang sepakat dengan adik-beradik untuk tolong mak buat persiapan raya. Ringan-ringankanlah beban mak kita, taklah diorang kecik hati kalau kita balik kampung tapi duduk tengok tv je. Dahlah request lauk macam-macam waktu berbuka pulak tu. Ish ish ish…

Sediakan beberapa list supaya senang korang bahagikan kerja antara adik-beradik. Nanti gaduh pula ada yang tak buat kerja lah, kerja terlebih la. Kurang pahala puasa. Nak lagi senang, ini admin kongsikan 5 idea untuk buat raya korang lagi glamor dari jiran sebelah. Semua keperluan ada jual kat pasaraya berdekatan rumah korang.

1. Susun biskut raya cantik-cantik dalam balang kaca


Perkara pertama yang tetamu akan buat bila datang beraya rumah kita adalah cuba kuih raya. Kalau nak tetamu kagum dengan korang, isi biskut raya dalam balang kaca supaya nampak mewah. Jenis biskut pun boleh nampak dari luar. Takde la tetamu teka-teka biskut apa ada kat dalam.

Kalau nak lagi lawa, biasanya balang kaca untuk kuih raya ni dijual sekali set dengan tray ataupun bekas besi yang ada pemegang. Senang la korang nak angkut ke sana sini sebab tetamu ni ada yang suka duduk ruang tamu dan ada jugak suka terus duduk dapur. Haih ikut suka diorang la…

2. Dapatkan set baju baru sempena raya

Bila lagi nak pakai baju baru dan sedondon dengan family kalau bukan waktu raya? Raya setahun sekali je jadi apa salahnya beli baju baru bagi menyemarakkan suasana raya dengan kesegaran fesyen baju terkini yang warna-warni.

Banyak gaya baju yang tengah trend sekarang ni misalnya kurta, jubah dan sebagainya. Warna pulak jangan cakaplah, beratus pilihan sampai kita rambang mata nak pilih warna tema apa raya tahun ni. Nak lagi syok, beli warna sedondon untuk satu family, memang orang kampung pandang dari jauh lah!

3. Buat tetamu korang kagum dengan set water dispenser kaca

Bila semua barang perhiasan dalam rumah korang guna material kaca, mesti tetamu rambang mata. Begitu juga dengan set water dispenser kaca yang nampak mewah, selain boleh hilangkan dahaga tetamu korang. Dengan adanya water dispenser dan bukannya jug macam style lama, mesti tak tumpah-tumpah dah.

Kalau korang ada bajet lebih, boleh sediakan beberapa jenis air untuk pilihan tetamu korang. Takde lah tetamu bosan dengan 1 jenis air je, sebab tak semua orang suka minum air yang sama. Susun cantik-cantik atas meja makan water dispenser tu, mesti nampak macam meja makan VIP punya lah!

4. Hias rumah dengan dekorasi unik dan menarik. Baru glamor raya korang

Biasanya, tetamu ni macam penyelidik. Setiap penjuru, bucu dan sudut diorang teliti penggunaan warna, fabrik dan perhiasan yang korang guna untuk hias rumah korang. Sebelum tetamu korang komen macam-macam, sempena raya ni baik korang deko rumah korang tu lawa-lawa dan tengok tutorial kat Internet.

Apa yang boleh korang tukar, tukarlah misalnya karpet, sarung kusyen, langsir dan alas meja supaya nampak ceria dengan warna baru. Kalau korang guna satu warna sepadan untuk semua dekorasi rumah, mesti lagi ceria raya korang kali ni!

5. Gunakan bahan segar untuk memasak. Baru sedap masakan korang!

Chef mana sekali pun mesti akan kata bahan memasak yang segar pastinya akan menjadikan masakan korang sedap. Kalau korang pakai ikan, ayam atau daging yang dah disimpan lama, mesti ada bau something, rasa semacam dan warna yang tak menarik. Jadi, elakkan lah dan guna bahan segar setiap masa.

Sedikit petua untuk korang, seelok-eloknya simpan bahan basah atau mentah paling lama pun 2 minggu. Cuci semua ikan, ayam, daging dan sebagainya kemudian simpan dalam bekas bertutup supaya bau tak melekat pada makanan lain dalam peti sejuk. Sentiasa check bahan dalam peti sejuk korang tu juga tau!

Koleksi raya mampu milik di Giant

 

Haa sekarang, dah lengkap persiapan raya korang. Kalau nak senang, beli semua keperluan kat atas ni di Giant Malaysia. Banyak tawaran antaranya koleksi baju Raya eksklusif untuk sekeluarga, serta dekorasi Raya mampu milik!

Istimewanya, koleksi fesyen dan dekorasi yang ditonjolkan Giant terdapat dalam warna sedondon untuk menunjukkan keharmonian perayaan. Buat koleksi fesyen, ada rangkaian pakaian perayaan dan kasual sedondon mengikut warna-warna meriah iaitu Emerald Green, Passion Purple, Crimson Red dan Gracious Grey. Cantiknya!

Koleksi dekorasi pula menampilkan padanan dekorasi moden yang cukup berbaloi. Dari sarung kusyen, bekas kordial, perkakasan kaca, perhiasan Raya, hinggalah ke barangan elektrik dan keperluan membakar kuih, semuanya ada di Giant dalam warna sepadan. Ber- GLAMORAYA lah korang dengan gaya kontemporari tanpa perlu banyak berbelanja kan!

Kempen Kami Sekeluarga Glamor Raya Giant

Sebenarnya, semua koleksi istimewa Giant untuk musim perayaan ini dilancarkan sempena kempen komunikasi Perhubungan Awam (PR) secara online iaitu ‘Kami Sekeluarga Glamor Raya’ sebagai inisiatif Giant Malaysia untuk mencapai lebih ramai pengguna, sejajar dengan perkembangan era digital di Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut? Tengok video kat bawah

Banyak tawaran hebat antaranya Samsung Galaxy S8 untuk korang yang bertuah. Wah!

Sepanjang kempen, Giant banyak bekerjasama dengan syarikat besar contohnya Uber, Ambank, Petron dan Visa. Haa, kalau korang selalu guna kad kredit, debit atau kad pra-bayar Visa atau Visa PayWave waktu shopping, korang berpeluang memenangi Samsung Galaxy S8 kalau berbelanja minimum RM80 di mana-mana cawangan Giant kat Malaysia. Rajin-rajinlah wave kad korang tu…

Banyak lagi tawaran hebat untuk korang sempena raya ni. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai kempen, tawaran dan promosi terkini, layari website dan Facebook Giant Malaysia.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×