berita

5 Moment ‘Krik Krik’ Sepanjang DFKL2015 Korang Patut Tahu!

March 22nd, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-03-22 at 10.10.57 AM

Malam tadi, Drama Festival Kuala Lumpur 2015 sudahpun melabuhkan tirai. Kalau korang nak tahu, tahun ini merupakan tahun kedua festival ini diadakan.

Tahniah kami ucapkan kepada drama Rindu Awak 200% kerana berjaya mengungguli DFKL2015 kali ini. Yang tak menang, cuba lagi tahu depan ya.

Sekarang, kami nak kongsi sikit beberapa moment krik-krik yang berlaku malam tadi. Korang sedar tak perkara ni terjadi?

Drama Pendek yang…

Screen Shot 2015-03-22 at 10.13.37 AM

Sebenarnya, bukan kami tak suka dengan drama sebabak yang dilakonkan. Tapi, secara jujurnya, kami rasakan ia seolah-olah mengganggu keterujaan kami untuk menonton DFKL2015 malam tadi.

Namun, tak semua lakonan pendek ini tak menjadi. Ada juga yang okay.

Cubaan Duet Fathia & Aiman Yang Tiada Emosi

@aimanhakimridza & @fatiyalatiff boleh menyanyi tau! #DramaFestKL www.dfkl.com.my

A video posted by tontonMY (@tontonmy) on

Kalau korang tonton DFKL2015 malam tadi, pasti korang dapat saksikan Fathia dan Aiman berduet lagu Kisah Kita.

Kami ingat kami je yang rasa tiada penghayatan dan emosi dalam lagu yang disampaikan ini. Rupa-rupanya orang lain pun sama. Tak apalah Fathia dan Aiman, cuba lagi next time.

Screen Shot 2015-03-21 at 10.06.03 PM

Sharnaaz Announce Kategori Sendiri

Screen Shot 2015-03-22 at 10.49.48 AM

Jem sekejap otak kami apabila menyaksikan Sharnaaz Ahmad mengumumkan pemenang dalam kategori Pelakon Lelaki Drama Pilihan.

Mana tak tersentap, Sharnaaz pun turut tercalon dalam kategori yang sama tau! Rasanya, boleh je kot kalau beri selebriti lain yang menggalas tanggungjawab ini.

Screen Shot 2015-03-21 at 10.05.47 PM

Afdlin Shauki Sarkastik Level 200%

Screen Shot 2015-03-22 at 10.51.11 AM

Tergelak-gelak kami apabila menyaksikan lakonan pendek Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay. Sarkastik level 200% beb!

Mana taknya, memang realitinya ada pelakon yang tak boleh berlakon adegan bersentuhan dalam drama atau filem.

Ayda Jebat Tetap Ingin Berucap

DFKL2015

Rasanya korang pun tahu bahawa Ayda Jebat tak menang walaupun tercalon dalam pelbagai kategori kan?

Tapi, kami salute kat Ayda kerana tetap rileks walaupun tak menang. Cuma, yang buat kami ‘krik-krik’ apabila Ayda tetap ingin berucap ketika drama Rindu Awak 200% menang kategori Drama Pilihan.

SKIP THIS AD ×