5 Penyanyi Malaysia Yang Layak Dikenali Sebab Suara Sedap... Meremang Dengar Mereka Nyanyi Live! - OHBULAN!

berita

5 Penyanyi Malaysia Yang Layak Dikenali Sebab Suara Sedap… Meremang Dengar Mereka Nyanyi Live!

January 18th, 2017 | by Arini Saleh | 17 comments
45.5K
reads
7.6K
shares
Video Popular

cover artis

Tak semua artis yang jadi penyanyi tu sebenarnya boleh menyanyi. Ada yang ‘kantoi’ bila diminta menyanyi live sebab tak ada autotune. Ada juga yang diangkat menjadi penyanyi kerana populariti dalam bidang lakonan mahupun kerana memiliki rupa paras menarik.

Kurang dikenali di arena muzik arus perdana tak semestinya bererti seseorang penyanyi tu tak bagus. Kat sini kami senaraikan 5 penyanyi wanita tempatan yang nyanyi sedap gila, tak kiralah versi rakaman atau secara langsung. Check out diorang ni untuk halwa telinga yang mengasyikkan dan tidak menyeksa pendengaran korang!

1. Ernie Zakri

Screen Shot 2017-01-18 at 8.09.50 AM

Ernie merupakan juara pertandingan Bintang RTM tahun 2009. Selain menjadi penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Mula dikenali ramai apabila single terbarunya ‘Jangan Marah’ berkumandang di radio-radio tempatan.

2. Sissy Imann

Screen Shot 2017-01-18 at 8.18.01 AM

Seorang ahli muzik, penyanyi, dan juga pengacara. Sissy ni sebenarnya dah ada huge following. Cuba mengetengahkan pengaruh jazz dalam muzik yang dibawa, sememangnya Sissy Imann singer-songwriter yang unik dan berbakat. Dahlah comel!

3. Wani Kayrie

Screen Shot 2017-01-18 at 8.30.27 AM

Kecil-kecil cili padi! Kalau korang dengar Wani ni nyanyi live kat depan mata, memang meremang bulu roma. Kami berani cakap sekali dengar suara dia macam Whitney Houston! It just a matter of time Wani ni dapat lagu hit yang menyerlahkan kekuatan vokalnya. Jaga-jaga!

4. Iqa Nazra

Screen Shot 2017-01-18 at 8.35.51 AM

Pernah muncul dalam rancangan realiti Mentor 5. Tak payah cakap banyak, korang dengar sendiri dia nyanyi live, mesti korang setuju suara dia power gila!

5. Amira Othman

KUALA LUMPUR 24 MARCH 2016. Penyanyi, Amira Othman pada Showcase Muzik-Muzik 31 di Hard Rock Cafe. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Bekas pelajar Akademi Fantasia ini telah dikenali sebagai pelakon apabila membintangi sebuah drama bersiri tempatan. Rugi kalau korang tak tahu Amira ni mempunyai suara yang sangat sedap! Serius tak boleh bezakan suara dia versi rakaman dengan secara langsung!

Siapa lagi penyanyi Malaysia yang korang rasa deserve untuk lebih dikenali sebab suara dan bakat mereka? Jom kongsi dengan kami!

17 Comments

  1. Sarah Fazny (Mentor dan DuoStar) boleh dikatakan memiliki suara yang hebat! Saya terpukau dengan nyanyian Live beliau!

  2. Didi says:

    Mafa vokal bukan sekadar rupa. Boleh tengok instagram dia @mafarikha

  3. kerjabyk_curi tulangjap says:

    5 penyayi malaysia ya..wanita je ke. (Tajuk bagitau la ” 5 PENYANYI WANITA)

    Lelaki mana..adooi..

  4. usin lempoyang says:

    BETUL… semua suara sedap nyanyi live!

  5. matame says:

    fazura.. krik krik krik

  6. Stussystacy says:

    Sissy Imann bukan sahaja boleh menyanyi LIVE dgn baik.. malah kebolehan menulis lagu dan lirik di usia muda serta boleh bermain semua alat muzik bertali termasuk piano … Bakat yang lain daripada yg lain dan patut di push ke next level… moga beliau terus fokus dlm bidang muzik sebab jika dilihat tak ada artis wanita yg seperti dia..

  7. Proffy says:

    Sissy Imann mmg best! Siapa tgk show dia mmg berbaloi laa!! Huhuhu

    Sila search kat Youtube .
    Tri Hadzir ft Sissy Imann (Malam ku bermimpi)
    Gempakkk !!! Suara power .. main piano plak tu

  8. Mozarie says:

    Masalah artis x boleh pergi jauh bila asyik jaja kisah cinta dilaman sosial.. hope dorang semua ni boleh pergi jauh!!! Terutama sekali Sissy imann … aku suka lagu dia

  9. Anis laura says:

    Paling best yang peserta mentor 5 tu …dah tengok semua video dia…main alat muzik pon pandai, vocal unik dan power .. Perlu diketengahkan lagi dan diberikan lagu best

  10. johnny bravo says:

    Bagi aku penyanyi yg bersuara sedap…..Aida Agil, Juliza Adlizan, Jamal Abdillah, Latif lbrahim, Rozita Izlyn, & ade sorang peserta perempuan AF, tapi dia tak menang pun. Yg lain2 tu suara biasa2 je..
    Penyanyi yg suara tak sedap & tak layak digelar penyanyi….Mawi & Noraniza ldris. Suara mmg out..

  11. Zahirah says:

    I think siti nordiana. suara recording dgn live, mmg live lg best.

  12. Nashrique says:

    Sye rse pyanyi wanita yg nyanyi live best dr recording ialah ziana zain,aishah,Nora,Misha Omar..

  13. Atok says:

    indah ruhaila

  14. Ayu says:

    Sandra

  15. . says:

    No5.chipmunk.kelaut.

  16. mcd says:

    xsedap pon..biasa2 je

  17. Ija says:

    Bg aku la, spjg hidup aku, SITI NURHALIZA la yang tak terkalahkan..