berita

5 Perkara Yang Buat Orang Malaysia Suka Gila Dengan Dwayne ‘Rock’ Johnson. Melting!

June 10th, 2016 | by Noraniza
Filem Antarabangsa

the rock 2

Siapa kat sini tak tahu langsung siapa Dwayne Douglas Johnson atau lebih famous dengan gelaran ‘The Rock’ ni? Rasanya daripada generasi mak-mak kita sehinggalah muda remaja mesti at least tahu wajah pelakon Hollywood yang menjadi kegilaan ramai ni.

Jom usha sikit 5 perkara yang buat orang Malaysia jatuh hati dekat ‘The Rock’ ni. Adakah sebab matanya? Ala…macam bak kata pepatah ‘dari mata turun ke hati’ gitu..

Baca dulu biodata menarik mengenai The Rock!

the rock 4

Nah, sedikit info mengenai The Rock buat korang yang noob! Hehe. Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan.

Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya.

Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.

1. Mestilah sebab sado dan macho!

Screen Shot 2016-06-10 at 4.53.43 PM

Bukan sahaja kaum wanita, tapi kami tahu kaum lelaki pun memang admire dengan kesadoan dan kemachoan The Rock ni. Ramai yang menjadikan The Rock sebagai idola mereka untuk bina badan masing-masing dengan harapan dapat memikat gadis-gadis. Tapi, ramai ke yang berjaya?

the rock smiles

2. Suka buat muka kelakar selamba

Screen Shot 2016-06-10 at 4.56.06 PM

Walaupun sado dan macho, tak bermakna The Rock ni garang dan sombong macam sesetenga artis Malaysia ni. Buktinya, banyak juga filem aksi komedi yang dilakonkan oleh The Rock dan lawaknya memang boleh pecah perut! Ha, Siapa ingat cerita yang bawah ni?

the rock 5

3. The Rock pun boleh menyanyi jugak!

the rock 7

Pernah dengar lagu ‘What A Wonderful World’ dalam filem ‘Journey 2: The Mysterious Land’? Ha.. Dalam tu ada babak The Rock menyanyi. Suara dia not bad yaw!!  Boleh membuai korang ke mimpi indah.

4. Ada badan kebajikan sendiri

Screen Shot 2016-06-10 at 5.11.20 PM

Oh ya, untuk pengetahuan korang The Rock ni juga mempunyai badan kebajikannya yang ditubuhkan pada tahun 2006 dinamakan sebagai Dwayne Johnson Rock Faoudation. Badan kebajikan ni menolong kanak-kanak yang menghidapi penyakit-penyakit berisiko tinggi dan kritikal.

Selain itu, pada tahun 2007 pula, The Rock dan bekas isterinya mendermakan $1 juta kepada University of Miami untuk kos ubahsuai kemudahan pusat sukan di universiti tersebut. Kaya gila!

5. Filem The Rock selalu complete dengan aksi dan lawak gila

Kalau korang perhatikan, kebanyakan filem The Rock mesti berunsur kelakar dan ada aksi-aksi lasak. Kiranya memang berbaloi la nak bayar tiket wayang kalau untuk menonton filem The Rock ni.

Malah, kami yakin filem terbaru si macho ni, berjudul Central Intelligence mampu menggeletek hati anda dengan lawak selamba dan aksi luar biasa The Rock.

Dalam filem yang akan berada di pawagam pada 16 Jun 2016 ini, The Rock beraksi sebagai Bob Stone, seorang kanak-kanak yang dibuli semasa sekolah yang akhirnya bekerja sebagai ejen perisik CIA. Tambahan pula, filem ini juga menampilkan Kevin Hart (Calvin) sebagai watak kawan baik The Rock. Memang gelak non-stop la kan korang!

Eh, malas lah cerita panjang. Usha je maklumat lanjut di Facebook United International Pictures Malaysia.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×