berita

5 Sekawan Kongsi Pengalaman Kali Pertama Berpuasa Penuh. Cuba Korang Baca, Nakal Diorang Ni Rupanya!

June 23rd, 2017 | by Muhamad Shaifullah Tayep | 2 comments
84.4K
reads
4.7K
shares
Gaya Hidup

Korang dah tengok iklan raya terbaru dari PETRONAS? Dibintangi Muzayyin Mahyuddin (Hakim) dan Mohamad Hamyzan Ishan Johan (Joseph) sebagai watak utama, terselit mesej yang bermakna untuk kita semua. Iklan pendek ini bakal menginsafkan kita mengenai nikmat yang patut kita kongsi bersama. Jom kita tengok…

Lepas tengok iklan ni, mesti korang teringat kenangan berpuasa masa kecil-kecil dulu kan? Dalam iklan PETRONAS ni juga ada menceritakan perjalanan Hakim dan Joseph berpuasa dan cuba untuk bertahan sehingga waktu berbuka. Memang banyak gelagat kanak-kanak ketika berpuasa kan? Lucu habis!

Kalau korang nak tau, kanak-kanak ni memang banyak ragam ketika berpuasa. Ada yang mengelat nak berbuka awal lah, tak larat tunggu waktu berbuka lah, penat dan sebagainya. Itu semua alasan je tu! Haa, kali ni, admin nak kongsikan lebih banyak perangai kanak-kanak yang baru first time puasa. Jom kita baca, lucu betul!

Kami tanya pengalaman 5 kanak-kanak di sekitar Lembah Klang ini, termasuk Hakim dan Joseph yang membintangi iklan Raya PETRONAS yang terbaru. Rata-ratanya baru first time puasa. Ada yang puasa penuh, ada yang separuh hari. Hahaha! Korang baca la sendiri!

Mohamad Hamyzan Ishan Johan (Joseph), Adam Khalish Uqail Abdul Malik, Malaeka Adelia Mohd Hazaruddin, Adi Amsyar Sazali, Muzayyin Mahyuddin (Hakim)

1. Kerap sangat mandi sehari sampai 4-5 kali

Muzayyin (Hakim) yang membintangi iklan raya PETRONAS, suka mandi sehari tu sampai 2-3 kali. Balik sekolah, lepas main kat taman, balik kelas mengaji, mesti nak mandi. Sebab cuaca panas sangat, tekak pun haus. Lepas mandi, badan segar dan tak lah rasa lapar sangat. Bijak kan dia ni?

2. Rasa nak tidur dari pagi sampai petang tahan lapar

Puasa-puasa ni kalau tidur sedap juga kan? Lagi-lagi kalau cuaca panas, fuh nyenyak je!

Sorang lagi pelakon dalam iklan raya PETRONAS, Mohamad Hamyzan Ishan (Joseph), asyik nak tidur tak kira lah kat sekolah atau kat rumah. Kalau boleh nak tidur dari pagi sampai petang, sebab tak nak fikir rasa lapar tu. Kalau asyik teringat makanan, perut nak berkeroncong je. Mula lah ingat karipap dalam kepala. Sedapnya…

3. Susahnya nak bangun sahur!

Memang kanak-kanak susah bangun pagi. Lagi-lagi awal pagi untuk sahur. Roboh katil pun masih belum bangun.

Perangai Adam Khalish Uqail pulak, susah nak bangun sahur. Ye lah, jarang bangun pukul 5 pagi untuk sahur kalau bukan bulan puasa. Nak pergi sekolah pun biasa bangun pukul 6 kan? Kadang-kadang terlajak dan bangun waktu hujung-hujung sahur, sempat turun dapur dan minum air kosong je. Boleh la nak bagi badan hidrate kan?

Papa kata, kalau dia dah kejut tak bangun jugak, pandai-pandai lah tahan lapar. Tapi, kadang-kadang mama kesian, dia bawakkan makanan naik bilik. Sweet kan mama?

4. Balik sekolah terus minta makanan, boleh? Haha

Dengar cerita Malaeka Adelia ni pulak memang comel. Bila dia balik dari pra-sekolah je, ketuk pintu, salam mama dan terus meluru masuk dapur sambil kata “mama, adel lapar”. Hahaha! Comel betul!

5. Asyik mengadu lapar nak makan, hmm

Ada je perkara yang kanak-kanak ni nak mengadu. Lagi-lagi waktu puasa, asyik mengadu lapar padahal baru je sahur 2-3 jam lepas.

Kalau Adi Amsyar, tak habis-habis mengadu lapar, lapar dan lapar. Kalau waktu sekolah boleh tahan lagi. Kalau hujung minggu, memang tak larat mama dia nak dengar dia berleter lapar. Kalau tak dapat makanan, memang mengamuk satu rumah. Sudahnya, papa dia bawak pergi bazar Ramadan beli air sirap selasih favourite dia. Terus diam!

6. Tengok jam tak habis-habis sampai nak tembus jam tu

Satu lagi perangai Joseph, dia akan tenung jam sampai macam nak tembus jam tu. Tak kira lah kat sekolah atau kat rumah, dia akan kira berapa baki jam untuk sampai waktu berbuka. Dah lah banyak kelas dengan homework, dia tengok jam kerap sangat pulak. Memang lambat lah masa berlalu kan? Hahaha!

7. Makan sahur sambil pejam mata. Nampak ke?

Tiap kali sahur memang korang akan nampak adik atau anak-anak korang yang masih kecil tu kunyah nasi sambil pejam mata. Mengantuk sangat sebab bangun pukul 5. Demi nak sahur dan taknak lapar satu hari tu, sumbat jugak lah nasi dalam mulut. Kadang tu sampai kena suap, nganga je. Tak tahu lah rasa ke tidak apa yang dikunyah tu. Hahaha!

8. Pergi bazar Ramadan macam nak beli semua makanan!

Jam pun dah tunjuk pukul 5 petang, apa lagi ajak mak ayah pergi bazar Ramadan lah. Sedangkan kita yang dewasa ni pun terliur tengok makanan yang ada kat bazar, apatah lagi kanak-kanak! Malaeka Adelia kata, kalau boleh nak beli semua makanan yang ada. Tapi, biasa lah juadah yang menjadi kegemaran semua kanak-kanak, ayam goreng wajib beli!

2 Comments

  1. abg jambang says:

    aku tak puasa boleh sambut raya tak?