berita

50 Tiket Untuk Dimenangi Ke “Running Man Race Start Season 2”

October 2nd, 2014 | by Ai
Shout Out!

Race-Start-Season-2-MY-Poster-630x461

Jika anda peminat setia rancangan realiti paling popular di Korea iaitu Running Man, pasti anda tidak sabar menantikan kemunculan Kim Jong Kook, HAHA (Ha Dong Hoon), Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin di Malaysia pada 1hb November ini.

Rancangan ini sememangnya sangat popular dikalangan peminat K-Pop tanah air. Kami sendiri pun melekat di hadapan televisyen setiap kali Running Man ke udara.

Sebenarnya, kami juga tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka di Stadium Negara nanti! Memang syok kalau dapat berjumpa dengan ke semua bintang ni. Keseronokan berganda jika dapat tiket percuma.

1488098_860685447277677_1797758289272606726_n
Kami ada berita baik buat anda! Red Bull Malaysia akan memberikan sebanyak 25×2 keping tiket termasuk sepasang tiket VIP khas untuk pemenang yang bertuah untuk menyaksikan “Running Man Race Start Season 2 Fan Meeting”.

Seronoknya, tak perlu beratur untuk beli tiket. Tapi bagaimana hendak menang?

Caranya mudah, beli satu (1) Red Bull dari Guardian, Watson atau di kedai yang berdekatan, kemudian ambil foto selfie paling stylo dan energetic (jangan lupa letak kapsyen menarik) kemudian muat naik foto tersebut kepada aplikasi Running Man dilaman Facebook Red Bull Malaysia.

Kemudian, anda hanya perlu menunggu seberapa banyak undian yang anda dapat melalui rakan-rakan anda. Mudah sahaja kan!

How To Join

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti Running Man kegemaran. Cepat sertai peraduan ini.

Mungkin rezeki anda untuk mendapatkan tiket VIP dan peluang untuk bertemu dengan empat selebriti pujaan ramai dengan lebih dekat.

Artikel Berkaitan : 4 Bintang Running Man Sah Turun Malaysia Untuk Race Start Season 2 November Ini!

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari Facebook App mereka atau ke web rasmi www.redbull.com.my. Peraduan dibuka dari 22 September hingga 22 Oktober 2014. Jadi cepat! Jangan lambat, takut terlepas pula.

Kepada bakal pemenang, kita jumpa disana nanti! Selamat mencuba dan semoga berjaya.

SKIP THIS AD ×