berita

6 #Funfacts Tentang ‘Mat Dan’ Yang Fasih Loghat Terengganu..Katanya Suka Yuna, Ye Dok?

August 17th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanmatdan

Sejak kebelakangan ini nama Mat Dan iaitu seorang ‘Mat Salleh’ yang mahir bertutur dalam loghat Terengganu tiba-tiba viral di laman sosial. Mungkin ada yang sudah mengenali jejaka ini kerana videonya pernah viral satu ketika dahulu.

Namun semalam sekali lagi keletah dan kehebatannya mula menjadi bualan netizen selepas beliau hadir dalam satu program di sebuah radio tempatan. Siapa Mat Dan ni sebenarnya?

Daniel Tyler @ Kareef Daniel Abdullah

Screen Shot 2016-08-17 at 12.14.48 PM

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler sebenarnya berasal daripada Bristal England. Apa yang menariknya Mat Dan ni fasih betul bertutur dalam loghat Terengganu. Kalau korang berborak tanpa tengok muka dia mesti ingat orang Terengganu betul.

mat

Lepas beberapa tahun tinggal dekat sini Mat Dan akhirnya ambil keputusan untuk memeluk Islam. Nama muslim dia Kareef Daniel Abdullah.

Jatuh cinta dengan Pulau Kapas

Screen Shot 2016-08-17 at 12.16.45 PM

Selepas tamat pengajian dulu, Mat Dan dan rakannya bercadang untuk bercuti sekitar negara Asia. Dia dah pergi ke Thailand, Laos dan kemudian bercuti ke Pulau Perhentian.

Seterusnya dia singgah pula ke Pulau Kapas dan jatuh cinta dengan keindahan di situ. Jadi dah lebih kurang 7 tahun dia tinggal di Malaysia sejak tiba pada 2009.

Terpaksa belajar

Screen Shot 2016-08-17 at 12.18.29 PM

Menurut Mat Dan, bukan senang sebenarnya nak belajar bercakap Bahasa Melayu ini. Lebih kurang tiga empat tahun juga lah. Bila ditanya macam mana cara dia belajar? Jawapannya mudah, ‘langgar’ je. Lama kelamaan dia makin fasih dan menguasai bahasa tempatan. Nak bergaul dengan orang kampung kena lah belajar kan.

Disebabkan dah fasih sangat Bahasa Melayu, dia pernah ditegur kawan-kawannya di England kerana bahasa inggeris dia dah lain. Sampai macam tu sekali!

Minat Yuna

Screen Shot 2016-08-17 at 12.01.46 PM

Ketika ditanya tentang artis tempatan yang diminati, Mat Dan rupanya minat Yuna! Tu siap ada gambar sama-sama dah.

Program TV

Screen Shot 2016-08-17 at 12.20.32 PM

Terbaru Mat Dan dan tampil dengan rancangan TV dia sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Dia bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer. Jadi ‘retis’ dah sekarang.

Interview dengan THR

Sepahtu Sinar Pagi

Posted by SINAR on 16hb Ogos 2016

Sumber : Thestar, Thr

SKIP THIS AD ×