berita

6 Gelagat Warga Facebook Di Bulan Puasa, No 2 Tu Tak Sangka Orang Buat Lagi

May 31st, 2017 | by Hanis Aliaa
Make-It-Senang

Bulan puasa ni kita digalakkan untuk buat kebaikan dan amal ibadat. Maklumlah, ganjaran yang dijanjikan adalah berlipat kali ganda. Siapa yang taknak kan. Dan kalau korang perasan, Facebook akan menjadi salah satu medium untuk kita menyebarkan kebaikan. Macam-macam gelagat kita boleh tengok warga FB. Agak-agak korang yang mana satu?

Kongsi gambar bertelekung/berkopiah.

Kalau kat timeline admin banyak gambar macam ni. Kadang-kadang kawan yang rockers boleh tampak sangat Islamik saat bulan Ramadan ni. Penuh nur iman gittew. Tapi yang tak fahamnya, bila tak bulan puasa takdo la pulak gambar macam ni.

Up status segala jenis DONE.

Korang..Sekarang dah 2017 tapi masih ada yang gemar nak berdone done ni. Done terawih. Done ifthor. Done sahur. I’m so done with you laahh.

Share gambar/video makanan.

Sejujurnya admin akan telan air liur setiap kali nampak orang share gambar atau video makanan. Segala gambar menu berbuka dan cadangan menu. Korang ada tak yang terliur jugak walaupun hanya gambar jus oren?

Video ceramah & bahan ilmiah yang Islamik.

Netizen yang share kata-kata nasihat, islamic quotes dan ceramah memang terbaik. Nak-nak video keagamaan yang memberi manfaat kepada semua. Bukan apa, bulan puasa ni elok kita kongsi perkara yang boleh bagi kebaikan untuk semua orang. Jangan asyik share video awak done terawih ja. Ehh? Ahaha.

Muncul pelbagai tips itu dan ini.

Waktu macam ni banyak la pulak tips dan ‘fatwa’ yang keluar. Contohnya, nak berbuka kena makan kurma dulu la. Ada jugak cakap jangan minum air sejuk masa berbuka kalau tak perut terkejut dan macam-macam lagi lah. Sampai naik confuse pulak betul ke tak apa yang disampaikan. Betul tak?

Resepi baru untuk berbuka.

Bulan puasa akan muncul pelbagai jenis menu baru. Talam keladi berlauk, nasi cahaya Ramadan dan banyak lagi lah. Apa yang admin suka, diorang langsung tak kedekut ilmu bila diorang cuba invent menu baru diorang share dengan orang. Nak-nak menu yang nampak lazat & tempting. Bukan apa, bosan juga kalau asyik makan menu yang biasa-biasa ja.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×