berita

6 Langkah Untuk Check Kereta Yang Wajib Korang Buat Sebelum Balik Kampung. Hanya Beberapa Minit Je!

June 22nd, 2017 | by Noraniza
Kini Trending

Hati riang ria berbunga bila teringatkan kampung halaman tercinta. Mana taknya, buat yang berada di perantauan, inilah masanya untuk melepaskan rindu buat keluarga di kampung.

Tapi, jangan seronok sangat ya! Pastikan kenderaan anda dalam keadaan tip top sebelum pulang ke kampung. Well, nah kami sediakan checklist untuk anda semak dan settlekan pada kenderaan anda sebelum nak balik beraya.

1. Buat pemeriksaan pada keadaan roda dan tayar

Setiap tayar perlu diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk. Perkara seperti ini akan menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam. Jangan lupa untuk periksa keadaan bunga tayar. Pastikan bunga tayar anda tidak ‘haus’ ya!

Anda juga perlu melihat keadaan rim dan galas roda (wheel bearing). Jika kedua-dua perkara ini tidak berada dalam kondisi terbaik, ia akan menyebabkan komponen suspensi lain akan bergetar.

2. Pastikan lampu dan signal berfungsi

Ramai juga yang memilih untuk memandu pulang ke kampung sewaktu malam. Katanya lebih sejuk dan keadaan lalulintas kurang sibuk. Oleh itu, menjadi perkara wajib untuk ada periksa sama ada lampu dan signal anda dalam keadaan terbaik.

Kalau kata lampu malap ke ataupun sudah tidak menyala langsung, maka haruslah ditukar ya. Bukan sahaja demi keselamatan orang lain, malah untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga tercinta juga.

3. Alignment dan balancing wajib buat

Stereng kereta selalu ‘lari’ walaupun bawa kereta di jalan yang lurus? Cuba test sekarang! Kalau ya, ini maknanya kereta anda wajib dihantar untuk buat alignment dan balancing. Lagi-lagi kalau anda ni jenis selalu ‘terlanggar’ lopak di jalan raya.

4. Bateri kereta pun harus check ya…

Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

5. Brake pad jangan lupa!

Setiap brake pad mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaannya. Antara tanda brake pad anda perlu ditukar ialah apabila terhasil bunyi geseran antara brake pad dengan cakera brake.

Sebaiknya, tukarlah brake pad anda  sekiranya penanda tersebut sudah hampir dengan cakera. Ia juga bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat cakera brake anda!

6. Paling penting, check fluid level – SEMUA ya!

Ha…Bila kami sebut pasal fluid level, maknanya kena check semua minyak ya untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik untuk travel pulang ke kampung.

Antara yang perlu dititikberatkan ialah minyak brake, cecair penyejuk radiator (coolant), minyak transmisi, cecair pengelap cermin hadapan, minyak power steering dan semestinya minyak enjin.

Diskaun sebanyak RM30 apabila servis dengan Shell Helix bengkel dan stesen lubebay*

Wah! Bestnya. Untuk pengetahuan korang, Shell kini sedang mengadakan promosi diskaun sebanyak RM30 apabila servis kereta menggunakan minyak pelincir Shell Helix pada hari raya ini (Tertakluk pada terma & syarat).

Excited kan? So, korang boleh dapatkan maklumat lanjut di www.shell.com.my/helixraya. Apapun, pastikan anda semua mementingkan keselamatan di jalan raya ya. Biar lambat asal selamat.

SKIP THIS AD ×