berita

6 Perkara Yang Korang Wajib Buat Untuk Jadi Favourite Mertua, No 5 Paling Cool!

June 6th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Bila kali terakhir korang datang rumah mertua? Apa korang buat? Ke sekadar hantar isteri balik kampung?

Kalau ingat balik hari pertama korang jumpa ibu bapa mertua, mesti berdebar-debar kan? Tak tau nak cakap apa, borak apa, buat apa, bawak apa dan sebagainya. Akhirnya kaku atas sofa. Kahkah. Tapi, korang kena ingat ibu bapa mertua tu macam mak bapak kedua korang, kena beri perhatian dan sayang diorang macam mak bapak korang sendiri.

Dengan ibu bapa mertua la korang akan menumpang kasih dan meneruskan kehidupan lepas ni. Jadi, belajar la tips dan cara untuk pikat hati mereka supaya diorang suka dengan korang! Nak tau caranya? Ni admin kongsikan 6 idea untuk korang pikat hati diorang, mesti jadi favourite lah lepas ni!

1. Bawa signature dish anda waktu makan

Bila korang datang rumah mertua, bawak la apa-apa makanan atau masakan supaya diorang happy. Lagi sedap dan rasa dihargai mertua korang tu kalau masakan tu korang masak sendiri. Tak perlu masak yang rumit, yang simple je macam lauk ayam goreng, sup ayam, telur masak kicap dan udang goreng kunyit pun boleh.

Kalau korang rajin masak, mesti ada signature dish yang korang selalu masak kat rumah. Kongsi la dengan keluarga mertua korang, mesti diorang impressed. Kalau korang jenis malas masak atau tak reti masak, rajin-rajin la scroll blog masakan atau tutorial dekat Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya. Nampak la sikit effort korang tu!

2. Ajak mertua shopping atau makan

Kalau korang ada masa free dan takde buat apa kat rumah tu, ajak la mertua korang shopping atau makan-makan di luar. Luangkan masa dengan diorang dan cuba kenali lebih mendalam, nanti korang tau la apa yang diorang suka dan apa yang tidak.

Kalau korang gaji tu, bawak la mertua ke pasar raya untuk beli barang dapur, mesti diorang seronok. Malah, diorang akan rasa dihargai bila korang sanggup bahagikan masa dan spent time dengan diorang. Kalau kurang bajet, pergi tempat murah dan berpatutan, jangan berlagak kaya pulak!

3. Bagi hadiah sempena hari istimewa diorang

Memandangkan korang dapat bonus atau ada duit lebih bulan tu, kebetulan pulak bulan sama jatuh bulan anniversary mertua korang. Belikan la hadiah tanda korang ingat tarikh istimewa bagi diorang. Selain anniversarybirthday dan musim perayaan pun sesuai kalau korang nak bagi hadiah.

Hadiah pulak tak perlu mahal-mahal, ikut kemampuan dan asalkan korang belikan dengan hati yang ikhlas niat untuk bersedekah. Diorang tak mengharap tapi tunjuk la keikhlasan korang dengan cara macam tu, mesti diorang seronok. Gembirakan hati orang lain kan satu pahala?

4. Tolong mertua apa yang patut

Sebagai menantu, adalah satu kemestian korang tolong mertua apa yang patut saat mereka memerlukan pertolongan. Contohnya basuh kolam ikan, betulkan paip tersumbat, tukar gas, potong rumput dan sebagainya. Waktu hujung minggu adalah paling sesuai nak buat kerja-kerja tu semua..

Mertua korang tu makin hari makin berusia, jadi elok la korang yang muda dan masih kuat ni tolong ringankan beban diorang. Kalau kita menantu tak tolong diorang, siapa lagi kan?

5. Add diorang dalam Facebook korang!

Ingat orang-orang tua ni tak main Facebook ke? Diorang pun dah makin maju macam korang tau. Waktu petang-petang la diorang hi-tea bawah pokok sambil layan Facebook. Yang pasti, diorang banyak baca post ilmiah, agama, ceramah dari gosip-gosip artis ni! Kalau tak, diorang stalk Facebook anak masing-masing, hehe…

Haa, sebagai menantu atau ahli keluarga baru, korang add la diorang dalam friend list Facebook korang! Dari situ diorang boleh nampak update terkini korang, komen-komen dan bagi reaksi untuk setiap post korang. Kalau diorang boring, diorang akan chat korang dan tanya khabar. Dari situ hubungan korang lagi mesra!

6. Tawar diri korang untuk jadi personal driver kalau diorang nak ke mana-mana

Memandangkan korang sebagai menantu ni masih muda dan mampu nak drive tak kira siang atau malam, offer la untuk jadi personal driver kalau mertua korang nak ke mana-mana. Contohnya ke pasar pagi, ke masjid kalau diorang nak hadiri kelas atau ceramah agama sekitar rumah dan sebagainya. Seronok diorang sebab ada orang hantarkan ke mana-mana kan? Dalam kereta pun boleh berborak…

Pikat hati mertua korang, Rita Rudaini dan Rashidi Ishak ajar macam mana!

Sebenarnya banyak lagi gelagat atau cara pikat hati mertua untuk jadi favourite diorang. Kalau nak tau macam mana, tonton drama Ketupat Rendang Brownies Coklat di TV3 setiap Khamis jam 6:00 petang sempena Ramadan ini! Kalau korang terlepas, ada siaran ulangan bermula 3 Julai, Isnin hingga Khamis pada jam 5.35 petang. Sempat la gelak-gelak sementara menunggu waktu berbuka!

Drama bersiri 4 episod ini dibintangi Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Khatijah Tan, Mior Hashim Manaf, Khayrisyah Kamal dan Habeil Lutfillah. Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang dah 3 tahun tak beraya di kampung, mak mereka pula asyik sibuk. Jadi, si ayah plan nak buat kejutan.

Haa, agak-agak plan si ayah menjadi ke tak? Ada peluang ke untuk mereka beraya di kampung tahun ni? Kalau nak tau kesudahannya, jangan lupa tonton drama yang kelakar sampai tak kering gusi ni okey!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×