berita

6 Sebab Korang Wajib Datang Ke Lokasi Super Cool Ini Menjelang Raya…Serba Lengkap!

June 24th, 2016 | by Epul
Make-It-Senang

ezgif.com-optimize (5)

Korang dah buat shopping raya ke untuk tahun 2016? Ada yang dah buat persiapan awal sebulan dan ada yang nak shopping last minute sebab nak kejar sale.

Pusat membeli belah sudah semestinya menjadi tumpuan utama bagi membeli keperluan berhari raya kan? so dari hujung rambut sampai hujung kaki itu kalau boleh dapatkan dekat satu tempat je memang jimat masa. Shopping sekali je.

Tahun ni kami nak cadangkan korang pergi ke satu tempat ni tanpa perlu risau sebab semua ada dekat situ.

1. Lokasi yang ceria pahat memori keluarga tercinta!

ezgif.com-crop (7)

Ha kenapa kami cadangankan lokasi ni untuk korang pergi menjelang hari raya tahun ni? Sebabnya dekat sini banyak sudut yang cantik untuk korang pahatkan memori bersama keluarga cinta.

Maklum sajalah, dalam keluarga keluarga kita ni mesti banyak ragamnya so memori yang dipahatkan dekat

Screen Shot 2016-06-14 at 11.03.21 AM

2. Senibina estatik yang unik dan cun!

20160610_112511-min

(Sudut pandangan atas dari tingkat empat  NU Sentral)

Bersempena dengan sambutan ramadan dan syawal yang bakal menjelang tak lama lagi, korang pasti akan terpukau dengan rekaan senibina yang indah dan kaya dengan nilai estatik khas .

P/S: Kami gayat sikit tapi memang cantik tengok dari atas dan macam kelopak bunga.

Screen Shot 2016-06-17 at 10.51.47 AM

(Pandangan dari depan ruang legar)

Rekaan bangunan simbolik kesepaduan ummah dibawah lima teras agama, dekorasi raya NU Sentral kali ni menekankan kesepaduan rohani dengan keriangan suasana hari raya.

Screen Shot 2016-06-17 at 10.53.14 AM

(Pandangan sisi ruang legar)

3. Pelbagai pilihan tempat makan yang menyelerakan. Nyummy!

eating family giphy

Untuk tempat makan, memang tak perlu nak risau la ceritanya. Korang naik je terus naik ke tingkat lima NU Sentral tu dan bersedialah untuk kebingungan sebab memang banyak kedai makan yang sedap-sedap.

Kalau tak nak naik atas cuba tengok dekat direktori dan pilih la nak makan dekat mana sebab bukan sahaja restoran bahkan ada juga cafe-cafe hipster yang boleh korang kunjungi. Ikut la anak tekak nak berbuka apa hari tu.

P/S: Kami cadangkan korang buat book awal sebab tempat makan memang cepat penuh untuk waktu berbuka.

4. Yayy! Tidak perlu hadap jammed

Screen Shot 2016-06-13 at 3.54.27 PM

(Keadaan di ruang masuk KL Sentral dan NU Sentral)

Bila masuknya waktu membuat persiapan hari raya, memang perkara yang nak dielakkan adalah kesesakan lalu lintas. Kami rasa memang tak ada yang suka dengan kesesakan kalau ada pun mungkin itu cara dia nak release tension. Ha..Ha..Ha.

Kalau berkunjung ke NU Sentral korang tak perlu pandu kenderaan sendiri sebaliknya hanya perlu naik pengangkutan awam yang sememangnya tepati masa dan berkala sampai malam. So tak perlu nak emosi-emosi menjelang raya ni macam brader bawah ni.

ezgif.com-optimize (7)

5. Boleh jumpa artis favourite korang tau!

ezgif.com-crop (8)

Seterusnya, bukan hanya boleh berselfie di balai-balai fotografi gergasi tu tau. Korang boleh berselfie dengan artis-artis tempatan tanah air serta join pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pada setiap minggu di ruang legar NU Sentral tu tau.

Macam baru-baru ni kami sempat menyaksikan sendiri persembahan daripada Fahmi dan Sara Mentor Legend. Ramai juga pengunjung yang datang menyaksikan persembahan mereka.

So kalau korang terlepas nak tengok persembahan artis-artis ni, jangan risau sebab sepanjang bulan ramadan kali ni NU Sentral bawakan ramai artis pada setiap hujung minggu.

Screen Shot 2016-06-14 at 11.14.13 AM

Contohnya mereka ada Kumpulan Raihan, Farah Wahida, Ayu Damit, Lah Ahmad, Asmidar, Ajai dan ramai lagi. So bila boleh korang tengok? Ha kenalah datang sendiri ke NU Sentral setiap hujung minggu, ajak member-member berbuka di sana sekali.

ezgif.com-crop (9)

Selain persembahan ada juga aktiviti-aktiviti yang mencuit hati sepanjang hujung minggu tu, macam pertandinga  anyam ketupat, jom pakai baju raya dan ada juga demo atau tutorial kecantikan oleh beberapa produk tempatan. Senang cerita hujung minggu korang tak kan bosan la dekat NU Sentral ni.

6. Selfie dan boleh menang hadiah sehingga RM1200

selfie giphy

So ini lagi satu berita baik buat kaki selfie, korang berpeluang menang hadiah sehingga RM1200 kalau join peraduan NU Raya Selfie Contest dengan mengambil foto selfie di mana-mana balai fotografi bersaiz gergasi berserta kapsyen yang terbaik. Mudah kan, sambil shopping dapat lagi hadiah dari NU Sentral.

Screen Shot 2016-06-14 at 11.11.25 AM

So macam mana nak jadi salah seorang pemenang senang je ikut cara di bawah ni:

1- Selfie di balai-balai fotografi gergasi ruang legar NU Sentral

2- Buat kapsyen menarik 

3- Post dan jangan lupa letakkan #NUSentral #NURaya #NURayaSelfie

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti dan apa yang menarik di NU Sentral korang boleh je terus ke FB NU Sentral.

So jom ushar sikit gambar-gambar ni mana tau korang ada waktu kami tangkap gambar.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×