berita

6 Tips Untuk Jadi Pro Di Dapur Dan Hero Di Hati Wanita..Rugi Tak Baca! No 3 Tu Paling Admin Setuju!

April 26th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

Screen-Shot-2014-12-05-at-12.34.17-AM-800x450

Korang yang tengah single tu mesti kadang-kadang ada rasa sunyi kan. Yela, bosan jugak kalau takde orang nak teman makan, shopping, bergayut kat telefon. Tengok sekeliling semua orang dengan pasangan masing-masing. Lepas tu, tiap-tiap minggu dapat jemputan kahwin kawan-kawan.

Siapa macam ni angkat tangan! Hehe!

Memanglah ada kawan-kawan dan keluarga tapi rasa tu tak sama. Nak jugak ada orang istimewa yang boleh share segala-galanya kan. Senang cerita, seseorang yang boleh dijadikan suri hati lah. Cewah!

Haa..abang-abang yang single tu, takkan nak tunggu je jodoh turun dari langit? Memang sampai ke sudah lah tak jumpa jodoh. Meh kami kongsi sikit tips-tips cinta untuk korang. Mana lah tahu lepas follow tips ni terus jumpa jodoh.. Tak salah cuba kan!

Janji temu pertama, first impression tu penting!

first date

Haa first date ni memang nervous gila. Semua serba tak kena. Kalau boleh, kita mesti nak nampak perfect kan. Yelah, kata orang, first date ni lah yang menentukan date-date yang seterusnya. Hehe..

Okay, so kami nak kongsi beberapa tips untuk korang yang nak pergi first date tu. First sekali, jangan nampak sangat korang tu nervous. Buat cool je. Barulah nampak macho. Lepas tu, jaga percakapan korang dengan bercakap benda yang perlu sahaja. Ni kan first date, so chill la.

Haa..sambil-sambil nak mengenali diri masing-masing tu, korang janganlah asyik bercerita pasal diri sendiri je. Sesekali kena la fokus, tunjukkan minat dan beri peluang si dia bercakap pulak. Yang paling penting, jangan buat lame jokes!  Nanti si dia terus hilang minat kat korang.

Perlu ke korang jujur? Tapi si dia jujur tak dengan korang?

giphy (1)

Dalam relationship ni bukannya semua indah belaka. Mesti akan ada salah faham kan. So setiap pasangan kenalah selalu percaya antara satu sama lain . Bak kata orang, trust is the key! 

So, korang kenalah selalu berterus terang dalam setiap perkara. Jangan berahsia dan sorok apa-apa pun dengan pasangan. Bukan apa, takut nanti jadi salah paham pulak, lepas tu terus jadi gaduh. Kan tak best tu!

Seeloknya, kalau ada apa-apa salah faham, korang kena bincang elok-elok dan berada dalam  keadaan yang tenang. Cuba sedaya upaya untuk kawal perasaan marah, barulah boleh berfikir dengan rasional.  

Dating zaman moden semuanya kat hujung jari je..

stalk

Zaman IT ni memang semuanya senang kan. Apa-apa yang korang nak buat, just click je. Nak berkenalan pun mana ada pakai surat dah. Social media kan ada! 

Siapa yang nak berkenalan dekat social media tu, kenalah tahu cara untuk korang bagi si dia rasa tertarik nak berkawan dengan korang. Contohnya, profile akaun social media korang kenalah stand out dari profile jejaka lain. Gunalah gambar sendiri yang korang rasa paling handsome!

Jangan pulak guna gambar orang lain, haiwan  atau benda yang pelik-pelik sebagai profile picture korang. Confirm kena reject nanti. LOL!

Lagi satu, kalau korang nak stalk profile si dia, kenalah hati-hati masa stalk tu. Jangan la ter like gambar si dia yang dah dipos setahun lepas. Kan kantoi tu! Lepas stalk tu, janganlah pulak korang pergi spam profile dia dengan like atau comment banyak-banyak. Nampak sangat gelojoh. Haha!

Segalanya sudah berakhir…sobs!

giphy (2)

Hubungan mana yang takde masalah kan. Mana-mana relationship tak lengkaplah kalau takde pertengkaran atau salah faham. Tapi, kalau segalanya dah tak dapat diselamatkan lagi, apa boleh buat kan.

Korang yang putus cinta tu, kalau boleh putuskanlah dengan cara yang baik. Janganlah gaduh-gaduh. Jadi matang dengan handle like a man.  Memanglah mula-mula tu akan rasa down, tapi time will heal. Lama-lama mesti korang okay. Lagi satu, korang kena tunjukkan sikit yang korang ni cool.

Kalau terserempak tengah jalan ke, cubalah buat macam biasa. Kalau boleh, tegurlah elok-elok. Buat macam takde apa-apa yang berlaku. Walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu. Haha!

Adakah kita serasi? Are we a couple?

giphy (3)

Part ni boleh kata the hardest part dalam relationship sebab ramai orang akan confused. Bila dah berkawan, mesti kita akan berharap untuk jadi pasangan kekasih. Tapi..dalam otak korang mesti akan terfikir, “Betul ke dia ni syok kat aku ataupun anggap aku sekadar kawan”.

Korang cubalah observe gaya dan bahasa tubuh si dia untuk tahu sama ada she’s into you ataupun just a friend. Alaa..mesti korang boleh tahu kalau seseorang tu dah jatuh hati kat korang kan.

Lepas tu, korang kenalah beranikan diri untuk luah perasaan dekat si dia. Untung-untung si dia pun simpan perasaan yang sama!

Haa..bila masing-masing dah suka sama suka, korang jangan terbutu-buru pulak declare relationship korang dekat semua orang. Keep it between you guys dulu okay!

Mendepani lingkungan sosial si dia!

5900137c5ceca697334174

Untuk biasakan diri dengan hidup pasangan kita ni tak senang sebenarnya. Yelah, nak kena tahu apa yang dia suka atau tak suka, nak kena kenal kawan-kawan dan keluarga dia. Bukan senang wei!

Apa yang korang kena buat, korang cuba berkawan dengan kawan-kawan dia. Try la lepak atau hang out sekali sekala untuk lebih mengenali diorang. Lama-lama mesti dah takde rasa awkward.

Bagi keluarga pulak, korang kenalah rajin-rajinkan diri untuk ambil hati dan beramah mesra dengan keluarga si dia. Apa kata, sebelum bawak si dia keluar dating, jumpa mak ayah dulu dan mintak izin elok-elok. Mesti mak ayah si dia puji sikap gentleman korang tu!

Untuk mengetahui tips tentang dating dan cinta dari pro, jangan lupa tengok semua episode The Bachelor Pad!

HurrTV_The Bachelor Pad_Cover_V5

Best tak tips-tips yang kami share ni? Haa..kalau korang nak lagi tips tentang dating dan cinta dari pro, korang kena tonton The Bachelor Pad ni pada setiap hari Jumaat, pukul 1 petang di  hurr.tv . Dekat sini, Aiman akan kongsikan banyak lagi tips dating dan cinta untuk korang.

Nak lagi best? Korang jugak berpeluang untuk lepak dengan Aiman! Wow..boleh ambil tips banyak-banyak secara live! Mana tahu, lepas tu terus jumpa jodoh korang. Hehe!

Nak tahu macam mana nak lepak dengan Aiman? Ini caranya..senang gila beb!

TBP_Contest Slide

Apa kata korang join contest The Bachelor Pad ni. Bukan susah pun uols, korang cuma perlu snap dan share gambar masakan korang dan hashtag je #hurrtvTheBachelorPad. Gambar korang tu mestilah kena awesome dan disertakan dengan caption yang gempak. Barulah korang akan dipilih sebagai pemenang. 

Kalau korang nak tau, pemenang akan dipilih selepas episode terakhir. Jadi, korang kena tengok semua episode tanpa miss tau!

Korang taknak ke makan malam dengan Aiman Hakim? Boleh tanya dia rahsia nak pikat wanita. Hehe! Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai join contest The Bachelor Pad ni!

SKIP THIS AD ×