berita

60 Hektar Tanah & 49 Syarat ‘Sukar’ Sebab Kedah Tolak Tajaan RM30 Juta Datuk Aliff Syukri

May 6th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ked

Selepas penolakan tawaran tajaan daripada Datuk Aliff Syukri berjumlah RM30 juta, wujud desas desus tentang sebab penolakan tersebut.

Artikel Berkaitan : Tawaran Tajaan RM30 Juta Ditolak Kedah, Ini Luahan Kekecewaan Datuk Aliff Syukri

Ada yang cakap soal tanah, stadium dan sebagainya. Ternyata ada benarnya kerana salah satu sebab kenapa tawaran tajaan tersebut ditolak ialah 5 syarat yang sukar dipenuhi termasuk berkaitan tanah.

Ada 49 syarat semuanya!

Permintaan berlebihan

ok

Menurut laporan Berita Harian, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah Datuk Badrul Hisham memaklumkan terdapat 49 syarat yang dikemukakan untuk tajaan RM30 juta dan syarat berkenaan sering berubah menyebabkan KFA sukar membuat keputusan.

Malah beliau menganggap permintaan tersebut terlalu berlebihan dan tidak memberi keuntungan kepada persatuan atau kerajaan negeri.

Tanah bernilai RM80 juta

tel

Tambahnya, kawasan seluas kira-kira 60 hektar di Jabi, dekat Pokok Sena, di sini, yang dianggar bernilai lebih RM80 juta dilihat terlalu besar, berbanding tajaan RM30 juta yang ditawarkan D’Herbs.

Daripada 49 syarat terbabit, sekurang-kurangnya lima syarat dilihat terlalu sukar untuk dipenuhi oleh KFA. Selain tanah, D’Herbs mahukan hak ke atas papan iklan di setiap daerah di Kedah dengan hak penyiaran iklan diuruskan syarikat milik D’Herbs.

Ada juga beberapa permintaan berkaitan iklan D’Herbs di Stadium Darul Aman termasuk menempatkan patung tertentu berkaitan iklan syarikat itu…ada satu dua lagi syarat yang saya tak ingat.

Apa pun semua syarat ini dilihat mengikat KFA sehingga keputusan menolak tajaan dibuat

Berdasarkan lima syarat itu, ia membabitkan bidang kuasa pelbagai pihak…kita ambil contoh tanah yang dipinta, ia milik kerajaan negeri…papan iklan pula milik PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan stadium milik pengurusan stadium.

Sumber  : Berita Harian

SKIP THIS AD ×