berita

7 Menu ‘Mesti Mau’ Bila Buat Open House

July 28th, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

MenuOpenHouse

Sudah lebih seminggu kita sambut hari raya Aidilfitri dan musim-musim perayaan ini ramai yang akan buat rumah terbuka. Biasalah, masa macam nilah korang dapat merasa makan puas-puas tak perlu bayar berbanding makan dekat restoran buffet kan? haha!

Mungkin ada antara korang yang plan untuk buat rumah terbuka hujung minggu ini atau pergi rumah kawan korang yang buat rumah terbuka lepas habis waktu kerja nanti. Jadi, disini kami akan kongsikan beberapa menu yang mesti akan ada bila korang kunjungi rumah terbuka nanti. Saja nak bagi korang telan air liur sikit.

1. Sate

Sate

Ini menu wajib mesti kena ada kalau nak buat rumah terbuka, lebih-lebih lagi kalau dibuat secara besar-besaran. Sate antara menu yang korang mesti akan capai dulu lepas ambil pinggan, kami pun sama! Lebih-lebih lagi kalau ada sate kambing. Peh! Biasanya kalau datang lewat sikit sate yang selalu habis dulu.

2. Soto

Screen Shot 2015-07-28 at 00.49.23

Biasanya, rumah terbuka di kawasan Johor yang selalunya akan hidangkan Soto ni dan ia antara menu yang senang nak buat dan tidak gunakan banyak kos serta boleh dihidangkan dalam pelbagai juadah. Contohnya, kuah soto boleh makan dengan nasi impit, mee kuning dan mee hun.

Jadi tak perlulah susah-susah nak masak banyak menu, buat je jimat tenaga dan jimat kos!

3. Kambing Golek

lamb1

Kebiasaannya, korang akan jumpa kambing golek ini di rumah terbuka yang di buat besar-besaran. Bagi penggemar daging kambing macam kami ni, menu ini lah yang korang akan ambil dulu daripada sate tadi tu. Lepastu cecah dengan sos black pepper, fuh! ok dah mula telan air liur ni.

Kambing golek

4. Laksa Penang

Laksa

Ini pun antara menu senang nak buat, dah la sedap! Tapi korang kena pastikan perut korang tu masih ada ruang lagi nak sumbat. Ye lah, makanan berkuah lepastu minum air sejuk lagi mahu buncit perut, silap-silap esok nak pergi kerja spakai kain pelikat sebab dah tak muat seluar tu.

5. Nasi Impit

Nasi Impit

Selain daripada soto, nasi impit boleh kita variety kan hidangannya. Boleh makan dengan jadi lontong bila makan dengan kuah lodeh, boleh dimakan dengan kuah kacang sekali dengan sate tadi, boleh juga dimakan dengan rendang dan serunding. Sedapnya!

6. Lemang

lemang-2

Mungkin masa raya pertama korng hanya dapat makan ketupat tapi tak ada lemang. Jadi, rumah terbuka lah peluang korang untuk pekena lemang sampai lebam.

7. Ketupat Palas

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Fuh! sedapnya kalau dapat ketupat palas atau lemang ni, dengan rasa lemak-lemak dia lepastu dimakan dengan rendang. Meleleh air liur kami bila menulis ni.

Kalau ada menu yang kami terlepas pandang, boleh la share dekat ruangan komen ye. Lepastu jangan lupa ajak kami sekali kalau nak buat open house tu, teringin nak makan semua menu kat atas ni. Apa pun, kalau korang sedang siap-siap untuk ke rumah terbuka tu selamat menjamu selera!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×