berita

7 Perangai Tetamu Yang Buat Korang Geram Bila Datang Beraya

July 14th, 2015 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

iamNEETA_Najwa_Latif_Deanna_Hussin_Mimie_Haris_Hari_Raya_Official_Music_Video

Rupanya-rupanya Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, tinggal 2 hari sahaja lagi Syawal akan tiba, apa pun kami nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri awal-awal sebab raya ni kami pun cuti takut tak sempat nak wish. Haha!

Dalam musim-musim raya ni kan, mestilah saudara mara, rakan-rakan dan jiran-jiran sekeluarga akan berkunjung kat rumah kita dan kita sendiri akan berkunjung ke rumah mereka. Betul tak?

Jadi, disini kami nak kongsikan beberapa kerenah tetamu datang ke rumah yang buatkan kita kemam bibir sebab geram dengan perangai mereka. Situasi ini pun boleh dijadikan ketika kita menjadi tetamu dan geram dengan perangai kawan kita atau ahli keluarga lain. Mesti korang pernah kena jugakan? Jom layan

1. Memangku Balang Kerepek/Biskut

cookie-jar-o

Kalau ya pun kerepek pedas tu favourite kamu, tokseh ler nak memangku sepanjang masa, orang lain pun nak makan juga, bukannya untuk kamu sorang saja.

Ada pula sampai bawa balik sebab suka sangat semperit Mak Jah tu, macam rumah lain tak ada kan?

2. Kau Datang Ni Nak Beraya Ke Nak Main Handphone?

anigif_enhanced-buzz-32012-1388943228-0

Baru masuk tak sempat salam dah minta password wi-fi, hari raya ni kan setahun sekali saja. Apa salahnya kalau letak handphone tu dalam poket atau beg diam-diam. Kalau nak berselfie pun tunggu lepas habis raya baru upload.

Masa inilah kita dapat bermaafan, berjumpa sedara-mara untuk eratkan silaturahim sesama kita.

texting

3. Tapi..Kalau Dapat Yang Kuat Bersembang Pun Susah Juga

107t2jc

Ye lah, ada sesetengah orang jenis datang tanpa beritahu main terjah je. Tak apalah, mungkin nak datang sekejap.

Tapi bila dah dapat yang kuat sembang ada yang sampai 2 jam setengah lamanya, rosak plan orang nak keluar pergi open house, sampai perut pun dah main orkestra. Ade juga aku makan dia ni!

Paling berapi sekali bila dia dah tahu kita ni nak keluar, eh eh bukan main rancak lagi bercerita macam tak ada masalah dunia je.

anigif_enhanced-buzz-29949-1380295835-16

4. Sibuk Tanya Biskut Beli Ke Buat

shut-up_569

Jangan menyibuk tanya biskut beli ke buat sendiri, makan je. Rumah korang pun biskut beli kan?

5. Pagi-pagi Lagi Dah Dapat Dosa

4

Bukanlah nak judge orang, tapi masa baru datang bukan main lagi “selamat hari raya ya, maaf zahir batin kalau-kalau ada salah silap blah..blah..blah”. 5 minit lepastu, terus bergossip ada yang jadi perunding dekorasi rumah tak berbayar pun ada, sibuk mencarut pasal rumah orang.

6. Buat Perangai Macam Rumah Sendiri

558472ff4da2ca5b54a7550fc2f717e8

Tuan rumah pun silap, jangan cakap “layan diri la ye, buat macam rumah sendiri”. Tapi, si tetamu pun kenalah faham, memanglah kamu tu rapat dengan tuan rumah tapi kenalah jaga adab.

tumblr_m55rstNRkE1qe8a0fo2_r2_500

7. Rumah Saya Ni Bukan Playground Ye

kid-trying-to-pour-milk-informercial-gif

Kalau yang bawa anak tu, jagalah anak elok-elok. Khusyuk bergossip sampai anak tertumpahkan air atas karpet pun tak perasan. Memanglah tuan rumah cakap tak apa, tapi dalam hati dia korang tak tahu dia tengah geram tu.

Lepastu habis rumah bersepah, lompat sana sini yang paling geramnya bila mak ayah dia buat-buat tak tahu je. Haihh!!

giphy1

Kami sendiri pernah alami, korang bagaimana? apa pun kalau ada apa-apa lagi yang korang pernah lalui selain daripada kat atas ni bolah lah kongsi diruangan komen ye? Apa pun sekali lagi kami nak ucapkan Selamat Hari Raya!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×