berita

72 Foto Pertunangan Akma AF3 & Ayeh [Hi- Resolution]

May 7th, 2012 | by M | 10 comments
Lensa Insta

72 Foto Pertunangan Akma AF3 & Ayeh [Hi  Resolution]

Akma AF3, atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27 telah mengikatkan tali pertunangannya bersama eksekutif Petronas, Hamshi Dato’ Mohamad Fatmi, 28 di kediamannya bertempat di Taman Buana Perdana, Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Suasana penuh meriah dengan dihadiri lebih 100 tetamu daripada kedua-dua belah keluarga membanjiri ruangan khemah yang disediakan. Akma yang kini lebih selesa menutup aurat bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama bakal suami pada bulan Jun 2012 ini.

Berkata Akma kepada OHBULAN, “Saya mengenali Ayeh sekitar 5 tahun lepas, namun kami jarang berhubung. Kemudian selepas dia habis pengajian, kami kembali berhubung melalui laman sosial. Jadi, dari situlah hubungan kami bertambah erat.”

Tahniah buat Akma, semoga jodoh anda sampai ke jinjang pelamin.

 

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

10 Comments

  1. sha says:

    wow…cam nak nikah…lawa pelamin dia

    (0)
  2. Pondan Sepi says:

    Rasanya pengantin lelaki opsss tunang lelaki (ada ke?) x payah dtg rumah perempuan! kalau nak ikut jugak tunggu dlm kereta je! ni siap nk bersarung cincin bagai, lepas tu bersanding atas pelamin! adat mana tu?
    Tp aku harus puji hantaran utkpihak ppuan dia cantik!

    (0)
    • astaga says:

      aku stuju ngn pondan sepi..dh le bru tunang,siap sarung cincin+sanding..baek nikah trus je dlu..

      (0)
  3. Cik Aini says:

    Schweetnye baju akma!

    (0)
  4. karut says:

    tak buat di org la tunang sarung cincin. hehehehhe. ya pun artis tp adat melayu tu kena ikutla.

    (0)
  5. ape ape laa says:

    loorr…rumah akma area rumah aku je rupenye..bhadapan dgn petronas…sri manja rupenyee

    (0)
  6. Artis jugak says:

    Siap cium2 bagai ngan sedara mara macam lepas nikah.. tolonglah.. tak penah orang buat!

    (0)
  7. Cici says:

    SKANG NI BERTUNANG PON DH GRAND CAM BERSANDING!!! SEDERHANA ITU KAN LBH BAIK…

    (0)