berita

8 Kafe Hipster Yang Korang Tak Percaya ‘Wujud’ Di Ipoh, Perak.. Memang Wajib Pergi!

August 17th, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

collage

Seperti biasa, setiap hari Isnin sahaja kami akan list kan makanan, kedai makan atau tempat yang menarik untuk anda lepak. Biasa lah, kalau tak nak bosan kita kena lah cuba kedai-kedai yang berlainan kan? Nanti member tanya nak makan mana baru lah senang nak jawab ye dok?

Tahukah anda di Ipoh terdapat banyak sangat kafe yang menarik dan hipster untuk anda kunjungi? Haaa korang tak tahu kan? Memang banyak beb! Lebih kurang dalam 80 buah kafe sebenarnya yang ada di Ipoh. Siapa cakap bandar seperti Ipoh tak urban? Jom kita tengok list yang kami sediakan khas untuk anda!

1) Missing Marbles

Screen Shot 2015-08-17 at 10.46.06 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 10.45.48 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 10.45.35 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 10.43.55 AM

Salah satu perkara yang amat menarik perhatian kami tentang kafe ni adalah cara mereka men-dekorasi kan kedai ni. Memang sangat unik! Tempatnya cantik dan kami pasti kalau korang datang ke sini mesti korang akan lepak sampai beberapa jam sebab suasana kedai yang chill sambil borak dengan member. Memang layan habis!

Alamat: 99 Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak, Malaysia 

Waktu Operasi: 8.30 am-8.30 pm (Tutup pada setiap hari Selasa)

2) Thumb’s Cafe

Screen Shot 2015-08-17 at 10.49.18 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 10.49.31 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 10.48.45 AM

Haa.. yang ni pula kafe ala-ala ‘village style’ korang tengok la sendiri macam mana kafe ni nampak dari luar. Nampak macam warung biasa kan? Padahal sebenarnya kedai yang nampak macam warung tu sebenarnya kafe hipster. Bagi yang nak rasa kelainan sikit boleh la berkunjung ke kafe ni. Terbaik!

Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil (Greentown), 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

3) Happy 8 Retreat Cafe

Screen Shot 2015-08-17 at 11.24.45 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.24.11 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.24.24 AM

Fuhh banyak betul kafe yang menarik kat Ipoh ni. Macam lagi best dari yang ada di Kuala Lumpur je? Di Happy 8 Retreat Cafe ni bertemakan konsep ala-ala rimba. So, bagi anda yang inginkan ketenangan atau ingin buat assignment/kerja boleh la datang ke sini sambil menghirup coffee latte panas. Nyums!

Alamat: 46 Jalan Market, 3000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari

4) Patisserie BoutiQue

Screen Shot 2015-08-17 at 11.34.59 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.35.33 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.34.21 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.33.39 AM

Menarik bukan kafe ni? Bagi anda yang feeling-feeling nak pergi Paris tapi takde rezeki lagi nak sampai ke sana, apa kata anda datang lepak sini dulu sebab kafe ni berkonsepkan ala-ala kafe di Paris. Lukisan menara Eiffel Tower memang banyak di sini. Makanan dan pencuci mulut kat sini memang jadi pilihan orang ramai tau!

Alamat: 103, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: Buka dari 11am-6pm (Tutup pada setiap hari Rabu)

5) El Negra Distro +Studio

Screen Shot 2015-08-17 at 11.48.16 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.49.48 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.49.26 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.50.01 AM

Kafe ni juga mempunyai kelainan yang sendiri di mana ruang makan di sini seolah-olah anda berada di rumah sendiri. Dengan pelbagai jenis kerusi dan sofa dan suasana yang amat menarik. Nak pergi lah nanti! Hehe

Alamat: 121 First Floor, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (4pm-12am), Jumaat (4pm-1am), Sabtu (12pm-1am), Ahad (12pm-12am)

6) Chor’s Cafe

Screen Shot 2015-08-17 at 11.56.00 AM

Screen Shot 2015-08-17 at 11.56.51 AM

Kalau di Kuala Lumpur ada Grumpy Cyclist Cafe kat Taman Tun Dr Ismail yang ada bengkel basikal/fixie di kafe. Haa.. di Ipoh pun ada tau. Lagi banyak basikal! Siap bergantung-gantung lagi kat syiling. Memang lain daripada yang lain!

Alamat: Hala Taman Meru 9 (Taman Meru 2B), Ipoh, Perak, Malaysia

7) Ooi & The Comrades

Screen Shot 2015-08-17 at 12.08.18 PM

Screen Shot 2015-08-17 at 12.07.40 PM

Screen Shot 2015-08-17 at 12.07.22 PM

Anda pernah nak tunggu gunting rambut tapi lama gila sampai 2-3 jam? Mesti bosan gila kan? Tapi jangan risau di kafe ni ada juga menyediakan perkhidmatan gunting rambut. Cool kan? Kalau korang bosan tunggu, korang boleh lepak minum coffee dulu.

Alamat: NO 20 , JALAN LAPANGAN TERBANG . KAMPUNG MELAYU 31350, IPOH.PERAK, Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis ( 12pm-2am) Jumaat (3pm-12am)

8) Burps & Giggles

Screen Shot 2015-08-17 at 12.20.59 PM

Screen Shot 2015-08-17 at 12.21.09 PM

Screen Shot 2015-08-17 at 12.21.21 PM

Screen Shot 2015-08-17 at 12.21.48 PM

Kafe ni memang artistik gila! Tempat nya sangat lah vintage dan kafe ni memang tenpat untuk orang ambil gambar sebab  banyak sudut yang menarik. Kami tahu sebab kami pernah sampai sini. Rasa macam kat dunia lain. Memang best!

Alamat: 93 & 95, Jalan Sultan Yussuf (Behind Kong Heng), 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: 8.30am-8.30pm (Tutup pada setiap hari Selasa)

Sumber foto: Foursquare

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×