8 Perkara Yang Akan Terjadi Sekiranya Spiderman Berasal Dari Malaysia. Memang Lucu Habis! - OHBULAN!

berita

8 Perkara Yang Akan Terjadi Sekiranya Spiderman Berasal Dari Malaysia. Memang Lucu Habis!

June 16th, 2017 | by Muhamad Shaifullah Tayep | 3 comments
54.7K
reads
5.1K
shares
Kini Trending

Agak-agaknya, apa korang fikir kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Bangun tidur terus pakai sut, pergi kawal traffic jammed. Maklum lah, Malaysia memang terkenal dengan traffic jammed tak kira masa. Tapi kita, bangun pagi pergi kerja, ambil anak balik sekolah, beli barang dapur dan macam-macam lagi lah! Memang lain betul rutin harian kita dengan Spiderman kan? Haha!

Biasanya, Spiderman ini aktif bergerak ke sana sini dengan spider web dia dan suka bergayut di dinding bangunan, tiang elektrik atau pun mana-mana tempat yang dia suka. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti terbantut semua aktiviti dia sebab di Malaysia ini macam-macam perkara tak boleh buat! Hahaha!

Nak tau apa agaknya kemungkinan kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Ini admin kongsikan 8 perkara antara yang akan terjadi pada Spiderman tu. Memang lucu habis!

1. Jual nasi lemak untuk tampung hidup #2kerja

First job Spiderman semestinya bukan wartawan macam dalam movie tu. Itu dalam movie, real life biasanya memang lain habis! Hahaha.. Kalau dapat kerja best untunglah, kalau rezeki tak menyebelahi Spiderman, dia buat je apa yang boleh untuk sara diri dia. Zaman sekarang kat Malaysia ni bukan boleh memilih kerja, grab je apa yang boleh.

Pagi jadi despatch boy, malam mungkin jual burger. Weekend pulak jual nasi lemak tepi jalan. Kalau ada masa lebih, ajar kelas mengaji atau buat kelas tuisyen untuk budak-budak sekolah. Eh, senang cerita semua kerja dia nak buat sebab semua orang kena buat #2kerja sekarang ini untuk tambah pendapatan bulanan.

2. Perlukan pertolongan? Spiderman sedia membantu!

Memang rutin harian si Spiderman tolong orang dalam kesusahan, jadi tak mustahil dia akan tolong orang yang tengah ada masalah kat Malaysia pulak kan? Contohnya, angkat tong gas, tolak kereta keluar dari lumpur, tolong orang angkut barang pindah rumah, cat rumah dan lain-lain lagi.

Pendek kata apa saja pertolongan kat Malaysia ni, Spiderman akan datang. Baik betul Spiderman kan?

3. Bersilat depan orang kahwin, jangan tak percaya!

Kalau geng Dikir Barat atau silat korang tak cukup orang, Spiderman boleh ganti! Tak percaya? Sedangkan hafal ayat-ayat cinta nak mengorat Mary Jane boleh, lirik Dikir Barat dengan step silat depan orang kahwin tu apa lah sangat! Spiderman yang memang lincah ni memang sesuai dengan bersilat, macam-macam aksi dia boleh buat nanti!

4. Dapat musuh baru… Burung gagak!

Kalau dalam filem Spiderman: Homecoming, Spiderman akan bermusuh dengan Vulture, tapi kalau kat Malaysia, dia akan bermusuh dengan burung gagak. Sedangkan orang Malaysia pun tak suka dengan burung gagak yang annoying ni sebab suka ‘melepas’ merata-rata.. Kadang-kadang atas kereta, baju kat ampaian, jemuran tilam dan banyak lagi tempat yang buat kita panas hati. Rasa nak tembak je burung gagak ini.

Majlis perbandaran pun banyak buat aktiviti menembak burung gagak, tapi biasa lah mesti datang balik punya! Lepas ini, Spiderman boleh lah tolong majlis perbandaran hapuskan gagak. Tembak je guna spider web dia!

5. Kebal macam Iron Man. Perompak pun takut!

Setanding superhero lain, Spiderman pun kebal, kuat dan ada keistimewaan. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti dia mampu lawan penjahat, perompak, perogol dan macam-macam lagi kes jenayah yang banyak terjadi kat Malaysia ni. Selain bantu polis dan anggota pertahanan yang lain, Spiderman pun mampu berjasa pada negara. Aman Malaysia lepas ini.

6. Kewajipan membayar zakat, Spiderman jangan lupa!

Memang menjadi kewajipan rakyat Malaysia yang beragama Islam membayar zakat, Spiderman pun tak boleh lari dari tanggungjawab tu. Kalau tak bayar zakat, seolah-olah macam dia tak menyumbang pada orang miskin. Hasil dia jual nasi lemak, bekerja siang malam patut diberi pada yang memerlukan. Jadi, Spiderman jangan lupa bayar zakat ya?

7. Sawang labah-labah Spiderman buat orang marah. Haih.

Dah nama pun Spiderman, mesti la banyak sawang labah-labah atau spider web dia bersepah sana sini kat tepi jalan. Kalau tak, macam mana dia nak bergerak kan? Tapi, kalau dah banyak sangat, orang pun marah sebab halang jalan. Kalau dia tak bersihkan, makcik cleaner pun tak larat nak sapu hari-hari. Banyak kot!

8. Seronok lah Spiderman boleh elak traffic jammed!

Duduk kat Malaysia kalau tak hadap jalan jammed hari-hari memang tak sah. Kat mana-mana, waktu bila sekali pun mesti akan jammed punya. Itu antara perkara paling stress yang rakyat Malaysia kena hadap. Tapi, tidak bagi Spiderman. Dia boleh bergayut sana sini dan lompat-lompat atas kereta suka hati. Memang cepat la dia bergerak!

Oleh sebab dia bergerak lebih cepat, tak mustahil dia boleh buat servis delivery untuk Lazada, McDonalds atau Uber sekali pun. Baru order 2 minit dah sampai! Haha!

Spiderman:Homecoming mula ditayangkan Julai depan! Tak sabarnya!

Tak kisah lah dari mana Spiderman berasal, tetapi filem Spiderman yang terbaru iaitu Spiderman: Homecoming akan mula ditayangkan 6 Julai depan! Korang yang follow siri Spiderman mesti tak sabar kan? Berdasarkan trailer, nampaknya Spiderman bakal berdepan dengan musuh terbaru. Siapa pula ya? Ha, nantikan 7 Julai depan, bawa kawan dan adik-adik tengok sekali tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Comments

  1. abg jambang says:

    taik kau

  2. mak aku says:

    Bosanla Spiderman nie,hero lembik.Kalau Spiderman orang Malaysia dah lama dimeragut.Kalau dia pelakon drama,hurmmm asyik makan ,minum,menjerit2,pastu kemaruk celah kangkang.

  3. iklan pon iklan la..janji tak cite artis manjang macam dlu.good info ohbulan