berita

Aaron Aziz Nafi ‘Promosi Diri’ Di Laman Sosial

January 14th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Aaron Aziz-1

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Aaron Aziz. Pelakon yang pernah menyandang gelaran ‘Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun lalu bagaimanapun merasa gembira kerana namanya masih tersenarai dalam top 5 untuk beberapa kategori ABPBH 2012.

Namun begitu, sewaktu diajukan soalan apakah perasaannya ketika disenaraikan dalam tujuh kategori anugerah pada kali ini dan adakah dirinya berharap untuk memenangi kesemua anugerah tersebut?

“Saya tak mengharap, tapi siapa yang tak nak menang. Semua orang nak menang.”

“Kalau rezeki sudah masuk dalam senarai top 5 pun dah cukup bagus. Terima kasih kepada kelab peminat saya yang tak pernah jemu-jemu menyokong kerjaya saya sampai hari ini.”

“Sebenarnya lagi banyak pencalonan, lagi bertambah ‘stress.’ Kalau dalam banyak-banyak tu satu pun tak menang memang ‘stress’ juga la,” komen Aaron Aziz sambil tersenyum manis.

Mengulas lebih lanjut mengenai pencalonannya dalam beberapa kategori di ABPBH kali ini, timbul juga persoalan adakah sebelum ini Aaron Aziz pernah menjalankan aktiviti ‘mempromosikan’ diri sendiri di laman-laman sosial bagi meraih simpati atau sokongan dari peminat-peminat?

Sambil tergelak Aaron menjawab, “Setakat ini saya tak ada buat ‘promotion’ macam tu.”

“Selalunya saya buat majlis tertutup untuk peminat-peminat saya dan dalam majlis tersebut memang tiada pihak media kerana ia adalah ‘private’ majlis antara saya dan peminat sahaja.”

“Untuk apa-apa majlis yang saya adakan bersama peminat saya rasa ia tidak perlu diwar-warkan kepada umum.”

Mengulas lebih lanjut mengenai kerjayanya sebagai seorang pengacara untuk program terbaru yang dikenali sebagai ‘Fear Factor Selebriti,’ timbul juga dakwaan sebelum ini yang mengatakan dirinya adalah seorang pengacara lembik kerana tidak mampu melakukan aksi-aksi yang diarahkan oleh pihak produksi dan sengaja berbuat sakit sewaktu sesi pengambaran bermula.

Jadi, bagi mendapatkan kepastian berhubung isu tersebut, pihak OHBULAN! telah mendapatkan kenyataan dari Aaron Aziz sendiri berhubung dakwaan tersebut.

“Saya tak pernah buat begitu. Kenapa saya nak buat macam tu? Takkan saya nak masuk hospital suka-suka.”

“Biarlah orang nak buat cerita apa pun. Dah lali dengan benda-benda macam tu. Tak payah nak fikirkan sangat.”

“Kalau nak tahu, sewaktu pengambaran tersebut saya berjaya lakukan segala aksi ‘stunt’ yang diarahkan oleh pihak produksi.”

SKIP THIS AD ×