berita

Tak Sangka Kisah Abby Abadi Merupakan Gosip Paling Kontroversi 2014!

December 31st, 2014 | by Wan
Kini Trending

abbyyy

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2014.

Susah sebenarnya kami nak pilih story paling hangat dan sensasi untuk tahun 2014 ini. Maklumlah industri seni tanah air kita memang tak pernah lekang daripada kontroversi panas antaranya kes rampas suami orang, kes cerai, kes bergaduh dengan peminat dan banyak lagi.

Jadi setelah bermesyuarat selama 7 hari 7 malam, kami di OHBULAN! sepakat memilh kisah Abby Abadi. Sebut sahaja pasal Abby mesti korang dah boleh bayangkan rentetan spekulasi yang melibatkan Abby. Betul tak?

Rasanya kalau korang taip nama Abby Abadi di ruangan search pada laman web kami, lebih daripada 20 artikel berkenaan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite ini. Tapi kami tahu korang malas. haha!

abbbyyyyii

1. Abby Abadi Beri Hint Rumahtangga Bergolak Di Instagram?

Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Noor Farhan, rumah tangga Abby bagaikan retak menanti belah. Semuanya gara-gara sebuah foto beserta kapsyen yang menimbulkan tanda tanya dimuatnaik di laman Instagramnya.

2. Awak Okay? – Norman Hakim Ambil Berat Masalah Rumahtangga Abby Abadi

Terkejut, itulah reaksi Norman Hakim apabila mengetahui pergolakan rumahtangga bekas isterinya,Abby  melalui Memey Suhaiza. Norman sempat menghubungi Abby dan bertanya ‘Awak ok?’

3. Abby Abadi Failkan Cerai Terhadap Farhan Esok

Setelah hampir 2 minggu peminat berteka teki dengan status rumahtangganya, Abby akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan.

4. Sumber Dakwa Abby Abadi Dapat Cerai Melalui SMS

Menurut laporan Harian Metro, sumber mendedahkan bahawa lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Farhan berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku”  telah pun berlaku pada 9 Mei.

5.Dia Terlalu Muda, Lelaki Lambat Matang – Abby Abadi Dedah Punca Masalah Rumahtangga (Video)

Menyifatkan bekas suaminya terlalu muda dan lambat matang, Abby walau bagaimanapun akur dengan kesalahan diri sendiri yang gagal memperbaiki keadaan.

cerai

6. Breaking News : Abby Abadi Bercerai Buat Kali Kedua

Ahirnya Abby Abadi sah  bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

7. Tak Berlaku Penderaan Ke Atas Dia – Abby Abadi Tunjuk Bukti Tak Cederakan Bekas Suami

Belum reda dengan konflik perceraiannya, kali ini bekas suami mendakwa berlaku penderaan keatas dirinya sepanjang bersama dengan Abby. Namun Abby tampil menafikan dakwaan tersebut.

8. Tak Payah Buka Lagi Pekung Rumahtangga Awak – Bekas Wartawan Tulis Nota Khas Buat Abby Abadi

Nampaknya kes rumahtangga Abby turut mendapat perhatian seorang bekas wartawan, Fauziah Samad yang menulis nota khas kepada Abby supaya tidak lagi membuka pekung rumahtangganya.

mannn

9. Norman Hakim Tak Ambil Pusing Dengan Nota Bekas Wartawan Pada Abby Abadi

Ketika ditanya wartawan mengenai konflik rumahtangga bekas isterinya, Norman Hakim memuji Abby  yang dilihat lebih tenang dan terbuka menghadapi ujian kali ini.

10. Dari Risaukan Kening Saya, Baik Tolong Carikan Saya Jodoh – Abby Abadi

Ada segelintir peminat yang mempersoalkan kening Abby yang dilihat seakan dicukur. Namun Abby tampil menjelaskan bahawa beliau mewarisi kecantikan kening tersebut daripada ibunya. Macam-macam.

11. Saya Tidak Mendapat Kerjasama Daripada… – Abby Abadi Buat Laporan Polis

Selepas memuat naik sekeping foto Abby sedang membuat laporan polis, peminat merasakan bahawa ia berkaitan dengan bekas suaminya.

12. Kalau Ustaz Ini Bakal Jodoh Baru Abby Abadi, Memang Handsome Orangnya!

Beberapa bulan selepas konflik rumahtangganya, Abby dikatakan telah menemui pengganti baru. Hal ini turut mendapat perhatian rakan artis seperti Azza Elite yang mendoakan kebahagiaan Abby.

ustaz

13. Abby Abadi Tak Berani Nafi Ustaz Bakal Jodoh Baru

‘4 tahun dah kami kenal ye.’ Itu penjelasan Abby setelah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang ustaz.

14. Bekas Suami Jawab Isu Berhutang Puluhan Ribu Dengan Abby Abadi

Kisah rumahtangga Abby dan bekas suaminya berlarutan sehingga September lalu apabila Abby bertindak menuntut Farhan melangsaikan kesemua hutangnya. Farhan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

15. Panas!! Abby Abadi Bongkar Perbualan Bekas Suami & Rakan Yang Mengaibkan Dirinya

Sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata mengundang rasa tidak puas hati Abby. Iyalah siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi.

16. Akaun FB Atas Nama Farhan Buat Serangan Balas Pada Abby Abadi. Pulak Dah!

Bagaikan tiada penghujung, kali ini Farhan bertindak membuat serangan balas terhadap Abby dengan mendakwa Abby layan lelaki berpangkat Dato’ ketika mereka masih bergelar suami isteri.

17. Sambut Ulangtahun Ustaz, Abby Abadi Akui Ada Perasaan Sayang

Dilaporkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang jejaka, Abby akhirnya mengakui bahawa ada perasaaan sayang terhadap ustaz berkenaan.

18. Abby Abadi Muat Naik Screenshot Perbualan Norman Hakim

Tindakan Abby memuatnaik perbualannya bersama dengan Norman nyata disenangi peminat. Malah Memey sedikit pun tidak berkecil hati dengan tindakan Abby itu.

Kami di OHBULAN! sebenarnya selalu mendoakan yang terbaik untuk Abby. Harap dia terus tabah dan istiqomah, amin!

SKIP THIS AD ×