berita

“Adakah Saya ‘Hiburkan’ Orang”- Soalan Panas Fizz Fairuz Kepada Fara Mendonza?

August 23rd, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

fara mendoza

Nampaknya kes Farah Mendoza vs Fizz Fairuz ni belum lagi berkesudahan. Selepas Fizz Fairuz dikatakan ‘kantoi’ menggatal dengan Farah Mendoza, isterinya backup habis mengatakan Farah Mendoza sengaja mencipta kontroversi demi menaikkan namanya.

Namun, menerusi Harian Metro, Farah Mendoza sekali lagi menerangkan situasi yang dialaminya semasa dikatakan diganggu Fizz Fairuz.

Amaran Buat Fizz Fairuz

Screen Shot 2015-08-23 at 2.06.58 PM

“Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.Saya tidak ‘menjual diri’ untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.

Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa.

Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?”

Fizz Fairuz Tunjuk Akaun Bank

Screen Shot 2015-08-23 at 2.06.26 PM

“Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.

“Saya tahu akaun bank itu palsu. Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya ‘menghiburkan’ orang.

Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang”

Kenapa Almy Muatnaik Gambar Saya?

Screen Shot 2015-08-23 at 2.07.10 PM

“Kenapa dia memuat naik empat gambar saya dalam Instagram miliknya berserta kata-kata ‘pengarah ambil­lah pelakon baru ini berlakon’?

Kalau betul saya mencari publisiti mesti saya dapat banyak tawaran selepas kejadian itu. Namun, sampai hari ini tidak apa pun yang luar biasa, hari-hari yang saya lalui masih sama.”

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×