berita

Adi Putra Disiasat Polis, Didakwa Punyai Skandal

September 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adi Putra

Siapa pun pasti tidak akan menyangka dan terkejut saat membaca berita ini. Mana tidaknya, pelakon yang kita kenali dengan perwatakan dan disiplin yang baik tiba-tiba saja didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain.

Menerusi laporan Berita Harian, pelakon berusia 32 tahun ini dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya. Tak cukup disitu, Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit.

Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Namun, menerusi laporan Rotikaya hari ini, kami difahamkan bahawa Adi Putra turut membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut.

Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya. Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur.

Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lepas, dia telah memasang ‘loudspeaker’ sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Nampaknya, ini merupakan isu yang paling panas kami kira selepas bulan puasa berakhir. Ia bukanlah isu yang boleh dibuat main dan kami pasti, ramai peminat yang tertunggu-tunggu dengan cerita sebenar.

SKIP THIS AD ×