berita

Aeril Zafrel Beri ‘Kejutan’ Buat Wawa Zainal Sempena Anniversary Ke-5. Sweet Sungguh!!

February 24th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

HEADERSedar tak sedar sudah genap 5 tahun pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal melayari bahtera perkahwinan. Merpati dua sejoli ni sentiasa buat kita tersenyum bila melihat sweet moment mereka di laman sosial. Bagai pinang di belah dua gituu.

Apa yang terharunya lagi, Aeril Zafrel menghadiahkan sehelai selendang buat Wawa Zainal. Dan selendang itu custom made yee. Tertulis bait-bait cinta daripada Aeril buat Wawa. Melting admin tengok. Sweet sungguh Aeril ni ye.

Manisnya sampai ber’semut’.Screen Shot 2017-02-24 at 19.51.54

To my lovely wife Wawa

Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ‘bidadari’ ku di Syurga kelak… Jangan kau paling wajahmu… Jangan kau tutup hatimu… I love you till Jannah

From Aeril

Cewahhh. Bukan main lagi ayat-ayat cinta Aeril buat isteri tercinta. Cantik pulak tu shawlnya.

Post Instagram pon ber’bunga’ jugak.

: Ketika mentari muncul sebentar lagi… rupanya sudah 5 tahun ALLAH 'amanah' kan dirinya pada sang yatim piatu ini… . Di waktu orang lain punya 'orang tua' untuk jadi rujukan, bimbingan dan bersandar melayari bahtera rumahtangga di awalnya tapi diri ini hanya bertatih meniru Baginda Nabi sebagai nakhoda keluarga. Maafkan diri ini bila tidak sesempurna contoh tauladan itu. Terima kasih menerima diri ini menjadi pendamping hidupmu Sungguh menyintai dirimu tanpa batas waktu… . Jauh darimu adalah kesunyian, kerana cuma dirimu membuat hati terhibur. Cuma dirimu yang mengerti diam, canda, renungan dan sakit diri ini meski tanpa suara. Senyum dan tawamu menghembus semangat. Paut dan dakapmu mencekalkan hati. Dikaulah kekuatan pasak tiang sendiku. Dirimu seumpama malaikat tanpa sayap dalam benak ini. Sungguh sentosa bersamamu… bak denai yang menenangkan. . Siang dan malam yang silih berganti menambah usia pernikahan dini kita, semoga jua menambah matangkan hubungan kita, menguatkan ikatan zahir batin kita, mengukuhkan lagi bahtera ini untuk bersedia merempuh segenap badai ujian dan moga-moga kita semakin mengenali diri melalui rasa hati yang bersih dan menyelamatkan hingga dengan saling mendalamnya cinta antara kita menjadi ibadah yang menambah kedekatan dan cintanya kita kepada ALLAH. . Ingatlah sayang, kita ini pinjam-pinjaman, sampai waktu kan pergi jua dan sesungguhnya kita ini tidak memiliki dan dimiliki melainkan kerna DIA semata. Maafkan diri ini seandainya ada haqmu yang terabaikan… . . Mencintai itu : Bukan bagaimana kita melupakan… Tapi bagaimana kita memaafkan… Bukan bagaimana kita mendengar, Tapi bagaimana kita mengerti Bukan bagaimana kita melihat.. Tapi bagaimana kita merasakan… Bukan pula bagaimana kita melepaskan… Tapi bagaimana kita bertahan… . HAPPY ANNIVERSARY UMMI ATTAR – MAMA HAYLA! #IbnuSunari #24Feb2017 #0523pg

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Dapat bunga ja..” – WawaScreen Shot 2017-02-24 at 20.28.15

Dapat bunga je dari Aeril sempena anniversary kami yg ke5..Special nya bunga sy tu tak akan layu sampai bila2..Boleh pakai slalu hihi..Senyap2 je dia buat tudung ni kan..Siap ada quote lagi..Korang nak ke tudung macam ni?Boleh letak kata2 apa pun..Sesuai di buat hantaran/hadiah dll..??

Aiwahhh!! Comel nau tengok dua orang ni. Special tau. Wawa dapat bunga tak layu. Admin bunga plastik pon tak dapat.

Happy anniversary Aeril dan Wawa

Screen Shot 2017-02-24 at 19.53.54

Screen Shot 2017-02-24 at 19.54.17

Screen Shot 2017-02-24 at 19.55.56

Screen Shot 2017-02-24 at 19.56.23

Screen Shot 2017-02-24 at 19.58.54

Screen Shot 2017-02-24 at 19.53.26Kredit : Aeril Zafril & Wawa Zainal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×