berita

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Sudah Nikah!

October 11th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Aeril Zafrel & Wawa Zainal-1

Hujung minggu lalu peminat drama Cinta Jannah dikejutkan dengan berita mengenai dakwaan kononnya pelakon utama drama tersebut, Aeril Zafrel dikatakan telah berkahwin secara senyap-senyap dengan Wawa Zainal dan lebih hangat lagi apabila mereka didakwa telah memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Artikel Berkaitan :

Berikutan kontroversi tersebut, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut, bertempat di  Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor petang tadi.

PC Aeril Zafrel & Wawa Zainal-19

Aeril Zafrel & Wawa Zainal tampil memberi penjelasan sebenar

Menurut Aeril Zafrel, mereka sah bernikah pada kali pertama Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.

Sebenarnya kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

Namun begitu, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara. Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.

Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah.

PC Aeril Zafrel & Wawa Zainal-26

Wawa Zainal mengaku telah melahirkan bayi lelaki

Dalam pada itu, Wawa Zainal yang turut hadir menjelaskan bahawa dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi kami dapat tahu pada Januari 2013. Jadi pada waktu itu kami percepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya.

Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini. Kami berbohong kerana bersebab. Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka dapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin. Saya berbuat macam ini sebab menghormati kontrak dan ya, saya memang takut dengan David Teo.

Selain itu, Wawa akui telah melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur. Bayi tersebut telah diberi nama sebagai Ahmad Fakharuddin Attar dan buat masa sekarang, aktres tersebut ingin fokuskan kepada soal penjagaan anaknya itu.

Mengenai soal penyakit misteri pula, Wawa akui terkena penyakit tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya.

SKIP THIS AD ×