berita

#AF2014 : Adel – Zarif – Muna. Siapa Layak #AFserap?

October 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

adelzarifmuna

Seperti yang telah dijangkakan, pihak Akademi Fantasia akhirnya membuat pengumuman bakal menyerap masuk salah seorang pelajar yang telah tersingkir.

Mungkin ia agak klise kerana ramai yang sudah menyangkakan situasi ini akan berlaku. Tapi nak buat macam mana kan? Program AF2014 ni bukan kita yang punya. Hehe.

Menerusi diari AF malam tadi, nampaknya tenaga pengajar termasuk pengetua sedang recap semula persembahan terbaik pelajar yang tersingkir. Agak-agak siapa yang jadi pilihan hati ya?

Screen Shot 2014-10-29 at 11.18.31 PM

Antara tujuh pelajar tersebut, ada tiga nama yang menjadi pilihan kami iaitu Adel, Zarif dan Muna. Pada pandangan kami, ketiga-tiga pelajar ini mempunyai auranya yang tersendiri.

1. Adel

Tersingkir di minggu ke-7, Adel merupakan pelajar yang boleh dikatakan paling konsisten setiap minggu. Malah, penyingkiran Adel turut membuatkan pengetua bengang tau!

Artikel berkaitan : #AF2014 : Hattan Bengang Adel Tersingkir

Rasanya satu Malaysia pun marah apabila Adel tersingkir hingga nama Adel turut trending di Twitter dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel. Fuh! Memang menjadi satu fenomena luar biasa dalam sejarah AF.

1932289_774617169277409_4885208315939509439_n

2. Zarif

Bermula agak perlahan, nama Zarif sering berada antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah.

Tetapi, yang menariknya, sejak beberapa minggu lalu, Zarif menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Malah, ketika minggu bertemakan Remy & Sally, Zarif adalah antara pelajar yang dapat pujian melambung dari juri.

Malah, Raja Azura selaku juri tetap pun nak tengok Zarif perform dan turut mengakui Zarif mempunyai ‘wajah artis’ yang boleh diketengahkan.

10646835_756009344471525_9148845796436780693_n-630x418

3. Muna

Penyingkiran Muna pada konsert ke-4 turut menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Muna menjadi mangsa undian walaupun dia telah memberikan persembahan terbaik di konsert tersebut. Justeru itu, ramai yang menyangkakan Muna bakal diserap kembali ke dalam akademi.

Jadi, siapa sebenarnya yang akan diserap masuk? Hanya pengetua dan tenaga pengajar saja yang tahu kerana #AFserap ini tidak memerlukan undian penonton.

Kalau tanya kami, kami pilih Adel!

SKIP THIS AD ×