berita

Air Tin RM5 Saya Pun Penyokong Tak Beli, Macam Mana Saya Nak Taja Bola Sepak Kelantan?

December 16th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ohbulanvida

Sebelum ini jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dilaporkan mahu menarik balik penajaan berjumlah jutaan ringgit kepada pasukan bola sepak Kelantan. Disebabkan perkara itu, pasukan terbabit dilihat bergelut untuk mengekalkan pasukan mereka pada musim hadapan susulan krisis kewangan yang teruk.

Terbaru Datuk Seri Vida melahirkan isi hatinya untuk kembali menaja pasukan tersebut tetapi bersyarat. Apa pulak syarat beliau kali ini?

Beli produk saya atau tidak?

ohbulanvida1

Saya nak tengok penyokong sokong saya tidak, sokong tidak produk-produk saya seperti Pamoga, QuPuteh. Beli ke tidak. Takkan kita nak tengok bola kita tengok sahaja suka-suka tetapi kita tidak menyokong saya.

Takkan saya nak berjuang seorang walaupun ada duit tapi sokong saya beli produk saya maka saya boleh recycle duit itu. Saya boleh sambung (penajaan). Ini kalau tak sokong, tak beli Pamoga tak beli QuPuteh dan sebagainya macam mana saya nak belanja lagi.

Menurut beliau pembelian produk keluaran syarikatnya oleh penyokong pasukan tersebut amat penting bagi memastikan syarikatnya menjana modal dan meneruskan tajaan.

Air tin RM5 pun tak beli

ohbulanvida2

Saya berniaga, saya dapat duit melalui itu sahaja tetapi kalau penyokong tidak beli air tin saya walau RM5 macamana. Itu adalah sebahagian daripada penajaan itu yang kita harapkan, bukan sahaja peminat membeli. Saya adalah penaja, kena macam itu.

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Vida itu. Iyalah dia meniaga, mesti nak untung juga kan? Susulan krisis kewangan yang teruk, pasukan bola sepak Kelantan berkemungkinan disingkirkan dari liga. Hanya Datuk Seri Vida je lah penyelamat yang ada sekarang ini.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×