berita

AJL 26: Anugerah Juara Lagu 26 Hidupkan Sudirman Kembali, Elemen ‘Air’ Menjadi Tema!

January 30th, 2012 | by Ell | 7 comments
Kini Trending

Anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) yang berlangsung sebentar tadi telah dihadiri lebih 15,000 penonton. Acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil ini telah dihadiri oleh orang ramai seawal jam 5 petang lagi yang telah beratur untuk masuk.

Malam yang penuh gilang-gemilang, persembahan AJL 26 telah dimulakan dengan penampilan khas oleh Raja Pop, Jamal Abdillah dengan lagu bertajuk ‘Senandung Semalam’. Lagu yang menepati tema ‘Air’ untuk AJL 26 tahun ini telah beralun dengan syahdu.

Raja Rock, Awie juga turut tampil membuat persembahan pembukaan yang benar-benar menggegarkan Stadium Putra. Lagu ‘Bujang Senang’ dibawakan dengan lebih bertenaga berbeza dari sebelum ini. OHBULAN! sendiri terpegun melihat pesembahan Awie yang memukau!

Tidak cukup disitu, Sheila Majid yang terkenal sebagai Ratu Jazz telah tampil membuat persembahan pembukaan ketiga dengan lagu jazz tahun 90-an bertajuk ‘Warna’. Hanya memakai gaun berwarna merah, Sheila membuat penampilan khas bersama beberapa orang penari. Kelasss uols!

Acara yang berprestij ini telah dimeriahkan lagi dengan persembahan dari finalis pertama iaitu kumpulan Projek Pistol yang membawakan lagu berjudul ‘Wanita Seluruh Dunia’. Persembahan bertenaga dari vokalis, Edry Hashim ini diikuti pula oleh lagu berhantu oleh Jaclyn Victor nyanyian asal Anuar Zain berjudul ‘Sedetik Lebih’. Walaupun diselangi dengan kontroversi dari Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18), Jaclyn tetap membawakan lagu ini dengan penuh bertenaga.

Tidak kurang juga finalis ketiga, Atilia dan Monoloque, bertemakan pasangan yang hangat bercinta, mereka berdua tampil dengan baju tradisional membawakan lagu berjudul ‘Kekanda Adinda’. Finalis yang berjaya membawa 2 lagu ke AJL 26 iaitu, Yuna juga memberikan persembahan yang hebat dengan lagu pertamanya iaitu ‘Gadis Semasa’  dan dia turut memberikan sentuhan yang baru pada susunan muziknya. Awesome!

Namun begitu, apa yang benar-benar menarik perhatian OHBULAN! adalah persembahan  mantap dari Alyah dengan lagunya ‘Kisah Hati’. Berlatarkan prop tangga dan pentas bulat, Alyah turun dari tangga itu. Vokal Alyah turut menggamatkan suasana penonton di seluruh Stadium Putra Bukit Jalil. Ia benar-benar memberikan kesan yang dalam kepada penonton di AJL 26. Penutup persembahan Alyah turut memberikan kejutan apabila Remy Ishak muncul.

Penutup acara penuh meriah ini diselangi dengan persembahan tribute kepada Allahyarham Sudirman yang dibawakan oleh Black Mentor, Azlan Typewriter dan juga Hazama. Antara lagu Sudirman yang dibawakan semula ialah ‘Basikal Tua’, ‘Balik Kampung’, ‘Chow Kit Road’, dan juga ‘Salam Terakhir’. Kesemua hadirin turut menyanyi bersama mengikut rentak mereka bertiga.

Apa-apa pun, kesemua finalis telah berjaya memberikan persembahan yang hebat dan memukau para penonton.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

7 Comments

  1. mantaro says:

    perh. cepat nyer update. kekeke

    (0)
  2. snsdstand says:

    suke time tribute.. nangis kot part lagu salam terakhir… seb baik xselitkan lagu hujan.. T_T.. kalau x, confirm kaw2 nangis..

    (0)
  3. hehehe says:

    pd mata aku lar tak nampak pun element air yg aku nampak elemen api yg ft bt terbako piano dia…

    (0)
  4. Kaka...made in malaysia says:

    mmg xde tema air lgsg smlm,cuma air dlm kolam dpn stage jek ade…hehehehe..mula2 Jamal nyanyi ingt tema ”tsunami” sbb ribut memanjang time tu =p

    Papepon HAFIZ mmg best gile mlm tdik..nanges kot aku time dia dpt jupa ”arwah bapak” dia kt bwh

    (0)
  5. mama mia says:

    tribute to sudirman? sedekah al-fatihah lg bagus ~~

    (0)
  6. qwerty says:

    penari xde baju cantik ke…………………..

    (0)
  7. Kakiwayang says:

    haha…celah mana tema air pun xtau…aq imagine ada la sungai buatan ke, air terjun buatan ke kat tengah pentas tu…haha..

    (0)