berita

AJL 26: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Ungguli Anugerah!

January 30th, 2012 | by Ell | 29 comments
Hollywood

AJL 26: Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz Ungguli Anugerah!

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Apa yang menarik, pemenang tempat pertama akan membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000, tempat kedua pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000, tempat ketiga pula akan membawa pulang RM12,000. Manakala pemenang Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 seorang.

Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz telah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.

Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Faizal Tahir pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.

Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 sebentar tadi.

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

29 Comments

  1. nona nano says:

    tahniah nano..~ =)

    (0)
  2. Tahniah Hafiz.
    As expected.

    (0)
  3. selina says:

    tahniah….persembahan vokal hafiz memang terbaik. tahniah juga kepada dato m.nasir dan buddhi hekayat…AWAN NANO memang best…

    (0)
  4. hello says:

    tahniah hafizzzzzzzzzzzzzzzz!!!! happy giler giler hafiz menang!

    (0)
  5. snsdstand says:

    sorry to say tapi rase hampeh FT dlm top3..media prima kan? hmm… ingatkan aizat boleh dpt… seb baik dak skola tu xmng pape… hohoho… :D

    (0)
    • aparaaaahh says:

      ok ape FT menang nokk lagu aizat terlalu base2 sgt…xnmpak FT wat perfom smlm smpai terbako..ehehehe..FT deserve it la..

      (0)
    • Melody says:

      A’ah kannn? setakat piano terbakar tu…huhu, macam persembahan lady gaga jer…

      (0)
      • Aparaaaah says:

        Yela btol mcm lady gaga ade ke org brani wat??? Lady gaga maen piano pun jatoh trgolek nokkk..hahahahaha…okla FT menang nasib x lady gaga yg menang..hahahaha..melody..melody…caaaayang ko nokkk…

        (0)
  6. cuteeenyeeerrr... says:

    happy giler yuna x menang… hahahahaha… :)

    (0)
  7. eina amina says:

    seronok sgt tgok ajl smlm… sbb yuna totally out..hmm…mmg lagu die masih xlayak utk dinobatkan sbg lagu terbaik..terkilan sbb lagu stacy “cinta dongeng” xdpt msuk ke final.. sedangkan dekat radio lagu tu yg selalu mengungguli carta…

    (0)
    • aparaaaahh says:

      ok jer yuna smlm..da jenis lagu dia cenggitu..xkan nk tukar ke irama malaysia lak nokkk…kalo da xsuke xkn suke gak la kan..hhahahahaahaa…

      (0)
  8. zack says:

    buddi hekayat….. lirik awesome bro..! teruskan berjuang ….

    (0)
  9. juliette_lisandra says:

    kalu CMB menang..ada yang kene bako pentas….

    (0)
  10. juliette_lisandra says:

    yunna pon best…but ada yg lagi best….tu yg x menang tu…..x pe…yuna dah jd international artist..so x de rezeki dlm ajl pon x pe….

    (0)
    • Jade says:

      ya..Yuna pon best (kalw x,x kan masuk top 12)..overall,bangga dengan musik Malaysia yg makin berkembangan…and kagum dgn bakat2 nyanyian artis Malaysia.

      (0)
  11. norfazli says:

    terbaek punya hafiz……penuh perasaan,ni bru btl juara lagu ,,,,,,,,tahniah…

    (0)
  12. juliette_lisandra says:

    nk dengo komen wartawan……FT pakai baju nmpk dada semalam….korang x perasan ker…..

    (0)
  13. gee says:

    tahniah hafiz…………terbaik………….

    (0)
  14. facebook_lindawati.shah says:

    wahhh.. jac tak dpt ape2 rupanye…

    (0)
  15. ALYAH YANG TERSAYANG says:

    Semua keputusan OK..tapi lagu Alyah rasanya patut berada dalam top 3. Kepada TV3, camera shot masa live agak teruk…time Remy masuk sepatutnya camera fokus pada beliau sekali, Begitu juga dengan lagu Awan Nano, Herman Tino tak difokus terlebih awal hanya selepas lagu habis dan Hafiz berlari ke arahnya…feel tak sampai.

    (0)
  16. cikbiribiri says:

    xpuas hati sbb 1st prize cuma rm35k jew *_* tp kalo Maharajalawak tuh smpi rm300k..Vokal bkn skdr rupa yg indah kaba dr rupa tu pn dpt rm100k kot..AJL kan mghargai hasil seni yg lebih seni dr lawak ngn rncgn realiti dowh..ish3..pelik bebenor aku..

    (0)
  17. Zyand Ashand says:

    kepada sesiapa yang tak sempat tgk semalam,bleh la download full version AJL26 kt sini k

    Sharing is Loving Right!!

    (0)
  18. Huzair says:

    as for me AJL ni dah hilang prestij dia….dah la tahun lepas menang dekat ana rafali yang masih boleh dipertikaikan…bila lagu terbaik AIM 18 “Sedetik Lebih” tak masuk top 3 langsung membuat aku bertambah musykil…wth is this? aku sokong Anuar Zain boikot AJL ni sebab juri mmg ntah haper². Tapi kemenangan Awan Nano mmg tak boleh dipertikaikan.

    (0)