berita

AJL 27 : “Terukir Di Bintang” Rangkul Trofi Juara, “Ku Akui” Ungguli Anugerah!

January 6th, 2013 | by Ell | 19 comments
Kini Trending

AJL 27 : Terukir Di Bintang Rangkul Trofi Juara, Ku Akui Ungguli Anugerah!

Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul trofi Juara Lagu ke 27. Membawakan elemen air pada AJL yang lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi Seni’.

Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 27, hanya 4 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 27, Naib Juara Lagu 27, Tempat Ketiga Juara Lagu 27, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.

Hafiz berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di Bintang. Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah mengambil trofi juara.

Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan anda.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

19 Comments

  1. kak bedah says:

    ensem aizat malam ni. merembes!

    (0)
    • Olga says:

      AKU LEGA SHILA AMZAH X MENANG APA2! MASA NAK ABBOUCE JUARA TU HOST CKP PENULIS LAGU & LIRIK ORG YG SAMA AKU DH BENGANG MESTI SHILA YG MNG! LAST2 TERUKIR DI BINTANG YG MNG! SUKA GILE! LAGU TU MMG LAYAK! SUSUNAN LAGU DIA UNIK & LAGU TU MMG MAKANAN HETTY KOES ENDANG YG JD JURI!

      (0)
  2. kak lehot says:

    alahai hafiz no more curly fries @ black dah cerah.

    (0)
  3. RINIE says:

    adakah jika yuna sendiri yg sampai kan lagu terukir di bintang lagu tu akan menang? and apa komen uji rashid? yuna kan nak kan uji rashid yg nyanyikan lagu tu..tp tv3 pilih aizat…agak2 kalau uji rashid yg nyanyikan lagu tu boleh menang tak ey? haha

    (0)
    • Suka hati ku says:

      RAMAIyang bagi kredit terlebih kat Aizat sebab dia perform semalam lagu Yuna
      menang, memang Aizat layak pun dapat pujian itu
      tetapi perlu dingatkan jangan lah membandingkan sekiranya Yuna yg perform Live pada malam itu Yuna tidak akan merangkul trofi seperti Aizat
      kerana #FAKTA penjurian untuk AJL telah dibuat lebih awal sebelum 6 Januari 2013 tersebut dimana pada kebiasaanya 80% markah akan dibuat pada ketika itu, Ini bermakna pihak Juri telah mendengar lagu terukir dibintang ini melalui versi studio Yuna sebanyak 80% dan ini melayakkan Yuna utk menang AJL
      thats y , dalam beberapa tahun ada pemenang yg perform ala2x suam kuku boleh menang kerana studio version itu jauh lebih cantik, contohnya Ana Raffali pada AJL 25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku , melalui penjurian 80% studio version utk lagu tersebut terlalu sedap termasuk suara, susunan muzik dan keaslian lagu, namun pada performance LIve persembahanya agak mendukacitakan

      apepun tahniah untuk Yuna

      (0)
      • kirana says:

        ye btl tu…mse semi final g dh tau sape juara….dorg bkn kire sape nyanyi off key or pitching ke laut ke…final adalah mse utk persembahan n vokal terbaik…so sape rse lagu xleh jd juara,fikirkan utk wat yg terbaik…

        (0)
      • looky1 says:

        btul 80% dh di kira sebelum final,tp sekiranya markah 2 penyanyi sama ,jadi yg 20% tu yg akan tentukan juara.Jadi final kira ada juga pointnya.

        (0)
  4. riyandzil says:

    Tak adil,,,,langsung,,,yuna lg menang,,,,sepstutnya shjla hamzah lg best,,,

    (0)
    • Galo says:

      riyandzil~~ko xyah nk shila amzah tu sgt eh..die kat cino sane leh la nak bagai2..tp kat mesia,die so so jerk….klu ko nk ckp psl “cinta ati” ngan die bleyy r…luv2 ke kat shahnaz bengong tuu>>hahaha..g pn suara die smlm cm taikkkkkkkkkkkk….huh

      (0)
      • abby2 says:

        Betul2,,, ape klas shilo hamzoh tu, dah badan kembung ,,,, hanya pandai ckap “cinta hatiku lah i luv u lah ,,, hadeh , jangan dok gatai ,,, awal lagi nak kate taat setia , kawen cepat , ntah kawen ke tak ,,,, wait and see

        (0)
    • jahja Khalijah says:

      nasib baik shila x menang….perasaan bagui

      (0)
  5. nazray says:

    Azlan terbaik.

    (0)
  6. hantu kak limah says:

    Pada telinga aku “patah Seribu” takla sedap mana…memang layakla Yuna menang, aizat bawak lagu tu selamba jer..terbaikla aizattt

    (0)
  7. kirana says:

    terus terang aku ckp,aku xminat yuna…tp aku suke lagu ni..ble aizat nyanyi lagu ni,aku mcm xkisah je lagu ni menang padahal aku mengharapkan ‘teman pengganti’ yg menang..aizat dpt buang bayang2 yuna…tu aku suke…klasik,simple,nice,sweet…aku xdpt gmbrkan la klu yuna btl2 nyanyi kt final…maun aku ttp tv kot!…n mau aku boikot muzik2…mcm mse yuna menang ajl dlu tu…

    (0)
  8. qadar says:

    tahniah kepada yang menang

    (0)
  9. ina says:

    Yuna nyanyi gaya female, Aizat berjaya bawa lagu nie ikut tone lelaki..sangat terbaekk..mmg klasik giler.

    (0)
  10. jojo manja says:

    menang di shanghai, AIM x semestinya bolih menag di malaysia

    (0)
  11. cik Tul says:

    Suke lahhh aizatt..nanti yuna buat duet dgn aizat..hehehe #terbaaeeeekkkkkk…n suke sangat lagu black tu…suara diyeee fuuyooooo sedap jerrr

    (0)
  12. yna says:

    Aizat sgt comel, eeee geramnye tgok kumis dia mcm bdak skolah XD

    (0)