berita

AJL 27: Yuna Pilih Aizat, Bawa Lagu “Terukir Di Bintang”

January 3rd, 2013 | by Ell | 10 comments
Kini Trending

AJL 27: Yuna Pilih Aizat, Bawa Lagu Terukir Di Bintang Akhirnya, segala spekulasi telah pun terjawab apabila Yuna memilih Aizat sebagai penggantinya untuk membawa lagu “Terukir Di Bintang” di Anugerah Juara Lagu ke 27 nanti.

Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut yang akan diiringi oleh barisan ahli muzik Yuna sendiri. Mereka kini sedang menjalani persiapan saat akhir sebelum malam anugerah berprestij ini berlangsung nanti. Keputusan ini dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27.

Lagu ‘Terukir Di Bintang’ adalah hasil ciptaan sepenuhnya Yuna, 27,  dan merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang AJL 27 nanti. Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Untuk pengetahuan, Aizat sebelum ini pernah merangkul trofi juara Anugerah Juara Lagu ke 24.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

10 Comments

  1. Olga says:

    Lega mak, nasib baik bukan Diandra!!!
    Tapi feel lagu ni sikit sebanyak dh lari coz aura dia tetap pada penyanyi asal..

    (0)
  2. jay says:

    konfirm aizat akan buat some good arrangement kat muzik lagu nie!
    let wait n c ????

    (0)
  3. jay says:

    konfirm aizat akan buat some good arrangement kat muzik lagu nie!
    lets wait n c ????

    (0)
  4. twitter_Karukgoregrind says:

    HANCUR LA LAGU TERUKIR DI BINTANG PASNI…BOOOOOO TV 3.. DIORG YG NAK SGT AIZAT BWA LAGU TU DR GUNA SUARA DIANDRA.. ..KITA TGK NANTI BILA PONDAN BAWA LAGU YUNA NI ..OHHHX SABAR NK DGR SUARA PONDAN AIZAT NANTI…

    (0)
  5. yna says:

    Ade masalah dgn aizat ke?

    (0)
  6. jahja Khalijah says:

    aku suka lagu terukir dibintang………….versi popuan yuna….versi lelaki….aizat……….yang lain cuba nak bawa lagu ni………….hancus………….

    (0)