Laman Utama » Antarabangsa

Sesi pengenalan finalis-finalis Akademi Fantasia 9 di Aeon Setiawangsa, AU2 berlangsung dalam suasana yang santai, tetapi penuh dengan kejutan. Kesempatan Ai bertemu dengan beberapa ‘orang dalam’ AF9 sedikit sebanyak berjaya mengorek beberapa info menarik yang patut Ai kongsikan.

Ai dapat tahu, finalis-finalis AF9 tidak akan disumbat & dikurung dalam gudang seperti yang pernah dialami oleh peserta musim lepas. Sebaliknya, mereka akan dimasukkan dalam rumah kaca yang ditempatkan di Aeon Setiawangsa dimana sesi pembelajaran seperti vokal, tarian akan dipaparkan secara live kepada pengunjung. Jadi, kalau korang tak suka finalis tertentu, bawa je kain rentang besar-besar, sound tepek puas-puas!

Menurut ‘orang dalam’ AF9, tujuan mereka buat macam tu sebab nak berikan peserta, pengalaman sebenar sebagai selebriti dimana ada yang suka, dan ada yang tidak suka. Kali ini, apa sahaja yang dilakukan oleh finalis akan diperhatikan oleh sekalian manusia, pengunjung Aeon Setiawangsa, non-edited.

Ai diberi peluang oleh pihak Astro untuk masuk ke dalam rumah kaca tersebut. Menariknya, tiada lagi hiasan ala kindergarden seperti musim-musim yang lepas. Garage, industrial style dititikberatkan bagi menunjukkan kematangan AF9 yang sudah memasuki musim terakhir.

Ketika sesi sidang media, banyak pihak yang teruja nak tahu siapakah yang akan memegang jawatan sebagai pengetua. Seperti biasa, pihak AF9 memang pandai bermain teka-teki, mereka kata pengetua akan diumumkan pada Tirai AF, 2 April ini. Ai memang tak sabar nak tahu. Adakah mereka kekal dengan Ahmad Dhani, atau sudah pun bertukar kepada Amy Search & calon-calon yang lain? Speku sangat!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Hijabster : Tips Penjagaan Rambut Bagi Hijabster