berita

Akibat Tidak Mahu Dirawat, Gadis Ini Menderita Sakit Buah Pinggang & Mata Rosak Teruk

March 29th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_sakitbuahpinggang

Fitrah semulajadi wanita yang sukakan kecantikan membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis suplemen dan ubat ubatan yang belum tentu selamat. Tambahan pula trend remaja kini yang terlalu obses nak putih tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Pemakanan pula tidak dijaga dengan betul menyebabkan pelbagai penyakit.

Doktor ini kongsi kisah gadis berumur 20 tapi sudah menghadapi penyakit buah pinggang yang rosak teruk dan mata pun dah tak nampak.

Buah pinggang rosak teruk, mata dah tak nampak

Bukan pesakit saja yg darah tinggi, doktor pun naik darah

Baru 20 tahun, dah dapat tahu ada penyakit buah pinggang pertengahan tahun 2016. Bacaan darah creatinine semasa itu 215 umol/L (normal bawah 100). Datang Klinik dengan ibu beliau. Saya sarankan buat ujian dan rawatan secepat mungkin.

Lepas itu, hilang dari radar.

Kami telefon rumah tetapi ibunya kata anaknya tidak ada apa-apa dan tidak mahu rawatan. Malah beliau sudah pulang meneruskan pelajaran di salah sebuah universiti diluar negara.

Ye lah, radar hilang, kapal terbang pun entah tak jumpa sudah. Ubat memang langsung tak dibawa, tak di makan.

Alkisahnya, awal tahun ini beliau selalu pening & sakit kepala. Ingatkan sebab sibuk belajar untuk peperiksaan. Mata dah mula kabur. Nasib sempat balik ke Malaysia dan sampai lah ke Jabatan Kecemasan Hospital.

Rupanya tekanan darah 250/150 mmHg. Pemeriksaan mata ada “papilloedema” ; lihat gambar bawah, kanan. Bacaan creatinine (bahan toksik) melebihi 1500 umol/L. Perlu Dialisis secara kecemasan & seumur hidup.

Buah pinggang sudah rosak terus, mata dah tak nampak. Umur baru 20. Alhamdulillah nyawa beliau selamat.

Penyakit buah pinggang ‘pembunuh senyap’

Screen Shot 2017-03-29 at 11.58.30 AM

Pemeriksaan mata ada “papilloedema” ; lihat gambar, kanan. Bacaan creatinine (bahan toksik) melebihi 1500 umol/L. Perlu Dialisis secara kecemasan & seumur hidup.

Perlu diingatkan:
1. Penyakit buah pinggang sila JANGAN ambil lewa. Peringkat awal masih boleh rawat & kawal. Memang lah tiada simptom. Sebab itu ianya dipanggil “pembunuh senyap”.

2. Darah Tinggi semasa muda perlu ujian menyeluruh. Kalau tinggi bacaan tekanan darah, habis semua organ rosak, termasuk mata ya.

3. Ibubapa mohon nasihatkan anak-anak anda yang muda belia macam ini. Kami sangat perlu kerjasama. Jangan diikutkan sahaja kehendak mereka! Macam ini, dah susah.

Sebab kami sayang anda semua lah, kekadang darah kami pun naik. Kami berselindung disebalik senyuman kami tu. Kami juga manusia biasa, tidak faham kenapa ramai yang tidak endahkan kesihatan. Kami sangat trauma menghadapi situasi ini hari-hari.

Sedar lah, sebelum nasi menjadi bubur. Tolong lah kami menolong anda.

Kami sedia membantu. Akan tetapi anda perlu bantu diri & keluarga sendiri dahulu.

Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Nefrologi
#MedTweetMY

sumber : Rafidah Abdullah

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×