berita

Saya Hanya Tahu 5% – Akim Akui Tak Layak Ajar Stacy Soal Agama

February 25th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

stcy

Selepas sekian lama berteka teki dengan para peminat tentang hubungan mereka berdua, Akim Ahmad akhirnya mengakui bercinta dengan Stacy ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio tempatan.

Hubungan cinta yang dipercayai dibina sejak tiga tahun lalu turut mendapat restu keluarga. Namun disebabkan perbezaan agama, ramai pihak terutamanya peminat mula mempersoal sejauh mana tahap kesediaan Akim untuk mengahwini Stacy.

Tak Mahu Terburu-Buru

kimm

Menurut Akim kedua-dua belah keluarga tidak menghadapi masalah mengenai hubungan mereka malah memberi respon yang cukup positif namun mengakui tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Perancangan untuk kahwin masih belum lagi difikirkan, kalau ada rezeki dan ada jodoh, kalau tuhan dah restukan hubungan kami barulah saya fikirkan…belum sampai lagi seru.

Perjalanan untuk melangkah ke alam seterusnya untuk berkahwin satu perjalanan yang panjang dan kita perlu banyak berfikir sebenarnya.

Family Stacy dan family saya positif, tak ada apa-apa halangan dan masalah.

Saya Bukan Orang Yang Sesuai..

anak

Ditanya mengenai kesediaan Stacy untuk memeluk agama Islam, Akim mengakui dirinya bukanlah orang yang paling sesuai untuk mengajar Stacy tentang perkara tersebut. Tambah Akim, Stacy perlu merujuk mereka yang lebih arif.

Untuk proses itu saya serah kepada dia sebab saya bukan jenis orang yang memaksa dalam soal agama sebab agama benda yang sangat-sangat sensitif.

Dia selalu jugak tanya, saya cakap benda yang simple je dekat dia..sy tak tahu banyak, yang tahu banyak ustaz atau ustazah.

Saya hanya tahu basic mungkin 5% daripada agama itu. Walaupun saya belajar sekolah agama, belajar mana-mana ke saya bukanlah orang yang sesuai untuk ajar dia ilmu yang lebih.

Harap hubungan cinta di antara Akim dan Stacy ini dipermudahkan dan disatukan sebagai pasangan suami isteri suatu hari ini. Amin.

Kredit Berita : Astro Gempak

SKIP THIS AD ×