berita

Album Ed Sheeran Paling Banyak Dimainkan Di Malaysia

December 24th, 2014 | by Ai
Hollywood

Ed Sheeran

Tak sangka dan terkejut betul kami dengan pendedahan terbaru dari aplikasi muzik Spotify ini. Mana taknya, menurut laman Spotify, album Ed Sheeran merupakan album paling top dan paling banyak dimainkan di Malaysia.

Memang tak sangka beb, sebab senarai top 5 turut digungguli oleh selebriti yang tak kurang hebat seperti Sam Smith, Iggy Azalea, Williams dan Ariana Grande. 

Kalau nak tahu, album berjudul X ini menampilkan pelbagai lagu-lagu hits seperti One, I’m a Mess, Sing dan banyak lagi.

Percaya atau tidak, Spotify turut mendedahkan beberapa lagi kategori lain dan korang pasti tak percaya siapa yang menggungguli carta Spotify ini.

Selebriti Wanita Paling Top

Katy Perry Gifs (5)

Kategori ini diungguli oleh Katy Perry. Tak sangka kan? Kerana turut berada di salam carta ialah Beyonce dan Lorde. Mungkin rezeki Katy tahun ni kot.

Kumpulan Paling Top

coldplay

Yang ni memang dah kami jangka. Rasanya tak ada lagi kumpulan yang boleh menandingi vokal dan kehebatan Coldplay.

Lagu Terbaik

tumblr_m0zyhb0YtK1qh28qoo1_500

Happy dari Pharell Williams mendahului lagu-lagu seperti All of me, Dark Horse, Rude dan banyak lagi.

Namun, memang tak dapat disangkal keputusan ini kerana lagu Happy ini memang ada keunikan yang tersendiri. Ditambah pula soundtrack filem Minion. Lagilah meletop!

Ikon Paling Popular

giphy

Untuk kategori ini, Michael Jackson telah dipilih. Nampaknya, walaupun sudah tiada, MJ tetap dihati peminat muzik seluruh dunia.

Menarik kan? Kalau korang nak tahu siapa lagi mengungguli carta Spotify, jom tengok di sini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×