berita

Aliff Aziz Mengamuk, Dakwa Disampuk Makhluk Halus

December 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-12-12 at 11.18.31 AM

Selebriti yang berasal dari Singapura ini sememangnya terkenal di Malaysia dengan pelbagai kontroversi yang melanda. Ada saja berita ‘panas’ yang kami dengar.

Baru je habis kes curi telefon, kini Aliff terpalit dengan kontroversi sekali lagi apabila dia dikatakan terlibat dalam kes amuk dengan seorang Pengurus Jabatan Kontrak.

Terkejut juga kami apabila mendapat tahu berita ini. Iyalah, khabarnya, mangsa mengalami kecederaan serius hingga menyebabkan dia (mangsa) perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Screen Shot 2014-12-12 at 11.21.17 AM

Aliff bersama adiknya, Aisyaah Aziz pada AIM21 yang lalu

Fuh! Apa agaknya penyebab kes amuk ni ya? Takkanlah Aliff sebagai selebriti begitu culas hingga tak menjaga tatatertib di tempat awam?

Namun, melalui laporan mStar Online, Aliff tak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa dia tidak sedarkan diri ketika kejadian berlaku kerana disampuk.

Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi.

Hmm, itulah kisahnya. Selain itu, Aliff turut didakwa berada dibawah pengaruh dadah ketika itu. Namun, Aliff bersedia untuk menjalani ujian darah jika ada pihak yang masih menuduhnya mengambil dadah.

Betul atau tak, hanya tuan badan yang tahu. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga Aliff mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

SKIP THIS AD ×