berita

Amalan Kecantikan Anzalna Nasir

July 19th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Anzalna Nasir merupakan nama yang sedang meningkat naik pada masa kini. Penampilannya yang cantik dan menarik sering menjadi tumpuan pihak media dan peminat dunia hiburan tanah air.

Menurut Anzalna, antara rahsia kecantikan yang sering beliau amalkan adalah menyapu putih telur di muka. Ini kerana, kandungan protein yang terdapat dalam putih telur difahamkan mampu melembabkan kulit wajah dan mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah. Selain itu, bagi mengekalkan keserian wajah, Anzalna turut mengamalkan ucapan selawat setiap kali membasuh muka.

Merujuk kepada penjagaan rambut yang sihat dan bersinar sepanjang masa, Anzalna hanya mengamalkan cucian rambut setiap hari dan menyapu vitamin rambut secara konsistan. Selain itu, untuk penjagaan badan pula, Anzalna hanya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana dan mengelakkan pengambilan makanan laut secara sewenang-wenangnya kerana beliau alah dengan makanan tersebut.

Apabila berkongsi mengenai fesyen, Anzalna mengakui bahawa beliau seorang yang amat peka dengan perubahan fesyen semasa. Bagi kelihatan menarik dan bergaya, beliau sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan busana, kasut, dan aksesori yang diidamkan. Namun begitu, beliau bukan seorang yang mementingkan barangan berjenama. Cukup sekadar kelihatan cantik dan menarik untuk diperagakan, beliau akan membelinya tanpa berfikir panjang.

Sumber : Dokter Sehat, Anizyn Blogspot

SKIP THIS AD ×