berita

Amanda Misbun Sudah Hamil, Tolak Tawaran Berlakon

August 13th, 2012 | by Ell | 0 comments
Kini Trending

Amanda Misbun Sudah Hamil, Tolak Tawaran BerlakonTahniah OHBULAN! ucapkan pada Amanda Misbun. Adik kepada pelakon, Haliza Misbun, yang sedang meningkat naik ini telah mengesahkan bahawa dia telah hamil 4 bulan.

Amanda Misbun telah berkahwin bersama Hairulzain Fauzi sekitar bulan Mac 2012. Dia ketika ditemui di “Bazar Terbaik Raya TV3″, yang diadakan di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama telah berkongsi berita baik ini kepada OHBULAN!.

“Ya, saya sudah hamil 4 bulan,” jelas Amanda Misbun yang pernah berlakon dalam filem “Klip 3GP” ini.

Dalam pada itu, Amanda turut menjelaskan bahawa dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Namun dia terpaksa menolak kerana memikirkan keadaannya.

“Ada sebuah produksi yang mahukan saya berlakon sebagai pelajar sekolah, namun saya terpaksa tolak kerana saya sedang mengandung,” tambah Amanda lagi.

Seronok mendengar berita baik dari artis-artis tempatan. Bukannya apa, ramai daripada selebriti-selebriti telah mula mengandung. Antaranya ialah Fasha Sandha, Eira Syazira dan termasuklah Amanda Misbun.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

Comments are closed.