berita

Amar Ashraf Mengaku Sudah Bertunang

December 17th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Meskipun baru dalam dunia lakonan, bakat yang terdapat pada pelakon kacak Amar Ashraf tidak dapat disangkal lagi apabila dirinya dipilih sebagai peneraju utama drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember ini.

Aktor yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi drama ‘Nilapura’ ini bagaimanapun mengaku dirinya seorang yang pemalu dan drama ‘Setia Hujung Nyawa’ merupakan lakonan pertamanya memegang watak sebagai seorang yang romantik.

“Ini adalah kali petama saya memegang watak romantik dan saya harap penonton boleh terima lakonan saya.”

“Saya sebenarnya bukanlah peminat novel. Memandangkan drama ini adalah adaptasi daripada sebuah novel, jadi saya terpaksa membaca novel tersebut demi menjiwai lagi karakter Zain Hakim yang degil, anak mak dan sedikit ego.”

Berkongsi mengenai cerita peribadi,  jejaka tampan ini mengaku statusnya kini sudah bergelar tunang orang sejak Aidilfitri lalu, akan tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti sebenar gadis pilihannya.

“Saya dah bertunang pada tiga hari raya yang lalu dan kami ikat selama setahun.”

“Tunang saya seorang yang memahami dan kami telah bercinta selama dua tahun lebih. Dia merupakan orang Perak.”

“Sebenarnya saya tak nak berkongsi lebih-lebih pasal tunang. Cukuplah peminat tahu status sebenar saya dan untuk berkongsi lebih lanjut itu ada hadnya juga,” ujar Amar sambil tersenyum.

SKIP THIS AD ×